Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, May 14, 2009

Kursus grafik Adobe Photoshop...

Salam......

Tepat jam 5.15 petang tadi, selesai la kursus grafik adobe photoshop yang koi incas buat rodong2 yang berminat. Adalah dalam 13 orang guru dan staff sekolah koi dan 2 orang guru Sk Kumai yang hadir. Tukang bagi kursus ni ialah Ustaz Hisam dari PKG dengan dibantu oleh keraninya Cik Shamiza. Rata2 yang mengikuti kursus ni kira2nya dapat le asas bagaimana nak buat grafik. Untuk lebih mahir, diaorang kenalah belajar sendiri atau try and error macam yang koi buat baru2 ni.

Yang syoknya, kursus ni koi adakan di bawah unit ICT sekolah, yang saja2 nak dibuat sebab nak bagi cikgu2 minat dalam bidang grafik ni. Secara tak langsung koi juga dapat ilmu tambahan.

Tapi yang nyatanya, rata2 cikgu tadi memang seronok...pas tu pula para GPK2 semua ade kecuali GB aje. Itupun sebab GB kena pergi mesyuarat kat PPD, kalau tidak sure jadi peserta punya lah...sebab beliau memang minat sangat kursus2 gini.

Lepas ni, koi ada perancangan sendiri macam mana nak guna kemahiran grafik ni. Koi nak buat banner s dan letak kat luar makmal...biar nampak sikit kemahiran yang kita belajar dapat dimanfaatkan sepenuhnya..... Lepas ni koi nak adakan kursus multimedia pulak buat sesiapa yang berminat....











Antara foto yang sempat koi rakam semasa kursus tu berjalan...Tu GB Kumai tu Cikgu Zul tengah kusyuk dan tawaduk mendengar Fasilitator menerangkan sesuatu.....











Kerani sekolah koi Liyana pun tak ketinggalan beraksi depan kamera.......















Kak Sajiah dan Kak Bimah pun minat jugak dengan grafik ni...bravo...bravo dan bravo pada mereka berdua.


Sekian.

No comments: