Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

Gone nak kecikkan saiz imej

Salam.....

Tadi mase koi tengah mesyuarat Setiausaha LDP kat PPD, ade la rodong koi bukak blog koi punye. Kira habis jugaklah dia selongkarnya catatan yang koi dah masukkan tu. Pas tu dia pelik tengok banyak sangat imej yang koi masukkan dalam blog ni. Dia tanyalah koi buat macammane.

Koi pun jawab, sedei sangat membuatnya, tak payoh terrer komputerpun , sambil makan kuih kodok labu pun boleh buat, kata koi pade dia.

Dia pun nok sangat le tahu, sebab dia pernah buat laman web, masa nak masukkan imej, takmboh masuk sebab saiz gambor tu besor sangat. Pas tu kena tunggu lama sangat barulah boleh gambor tu diuploadkan ke laman web.

Jadi, sebabkan kome ni tengah mesyuarat, koi kate kat dia, awok bace dalam blog koi nanti. kalau sempat, koi muatkan cara2 nak kecikkan imej tu. Dia ngangguk je la...

Jadi, disebabkan koi ni taknok lah buat pedooh dengan rodong2, takut pulak kecik hati dia nanti, koi tulislah cara2 nak kecikkan imej tu kat bawah ni.

Langkah 1
Awokme kena pastikan ade gambor ape yang nak dijadikan bahan tu. Tak kisahlah gambor ape pun, formatnya pun tak kisah. Tapi kalau boleh bior leh format JPG.

Langkah 2
Dalam komputer awok pulak kena la ade program Adobe Photoshop. Tak kisahlah program tu versi ape pun, janji name di Adobe Photoshop.

Langkah 3
Kena bukak dulu program Adobe Photoshop tu dulu, pastu klik "open" untuk cari gambor yang awok nak gunakan tu.

Langkah 4
Pas tu awok klik aje menu 'File' dan ambik menu ' Save For Web'







































Langkah 5
Lepas tu keluarlah 4 sample imej yang pelbagai saiz dan kualiti.. Plih sejelah imej mane awok nok dan tekan butang save pada sebelah kanan . Lepas tu pandai2 le awok nak simpan kat mene imej tu.

Kira2nya, memang kecik lah imej tu, kalau asalnya ade yang sampai 2 MB saiznya ,boleh kecik sampai 200 KB. Pas tu, kalau nak kecikkan lagi.. file yang awok dah save tadi, bukak balik dalam Adobe Photoshop dan ulang balik langkah macam tadi tu, sampai le awok puas hati nak kecikkan sampai saiz berapa...

Memang lah kualiti gambor tu tak berapa nak cantik, tapi setakat nak tayang kat laman web ke, blog ke, tak payah lawo sangatpun, itu pun dah bapok le jelasnya.

Kalau tak caye, awok tengok le gambo yang telah koi masukkan dalam blog ni.

Nota koi:
Dua imej kat atas tu paparan dia tak berapa jelas sebabnya imej tu koi 'Print Scren' dan koi edit dalam Microsoft Power Point sebelum koi simpan dalam format JPG. Kalau nak lebih jelas, klik untuk besarkan aje imej tu....



Sekian

No comments: