Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, November 29, 2009

Beranganpun jadilah....

Salam...

Musim2 ujan gini, nak pegi kebun pun cinta....apakan tidoknya, jalan kat sana....popalih...lacuhnya.

Bila balik ke rumah je, sokmo kena sembur motor dengan air paip, sebabnya penuh dgn tanah melekat.

Bila dah jadi gini, mula koi berangan ke menatang kat bawah ni....

Bilalah agoknya dapat pakai .....

Hai...pakat berangan dululah gamoknya..

Mengkala koi ande benda gini....banyakle benda boleh koi angkut pegi kebun te.....

Saturday, November 28, 2009

Kenangan Haji 2005..

Salam....

Rasenya belum terlambat koi ucapkan selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat rodong2 ciber.

Jemaah haji sekarang ni ada yg sudah melengkapkan rukun haji dan koi rasa masih ada yg berada di Mina untuk menunaikan lontaran ke tiga2 Jamratul tersebut.

Walaupun musim haji tahun ni menyaksikan hujan turun dengan lebat, tapi koi yakin dan percaya jemaah haji kite dapat menempuh dugaan tersebut dengan tabah.

Di kesempatan ini juga, koi postkan pengalaman koi semasa menunaikan haji pada tahun 2005 yg lalu. Alhamdulillah tanpa disangka2 memang rezeki koi pergi menunaikan rukum Islam kelima ni tanpa sebarang masalah.

Pada mase te, koi pergi dengan mak dan uwan koi dan pergi dengan pakej Muasasah kelolaan Tabung Haji.

Sememangnya kenangan di Tanah Suci selama 44 hari te, memang menjadi satu kenangan manis yg tak akan koi lupakan selama-lamanya.

Insyaalah.....menkala diizinkan Allah SWT, koi ingin sekali lagi pergi ke sana bersama isteri tapi tak tahulah bila agaknya...


Ketika berada di Madinah selama 10 hari. Kalau wokme nak tahu, kubah hijau yg berada di belakang koi menempatkan makam Nabi Muhammad SAW dan Syadina Abu Bakar Al Sidiq di bawahnya.

Apa yg istemewanya mengenai Masjid Nawawi ni, iaitu menara yg terdapat di sekitar masjid lebih tinggi dari bangunan2 hotel yg ada di situ.
Bersama rakan Malaysia berada di Mina. Kat sini di tepi2 jalan bukan main banyak lagi penjaja jalanan menjual bermacam2 jenis barang.

Bergambar di hadapan khemah tempat koi menginap semasa di Arafah

Tengah menunggu giliran di Mudzalifah sebelum berangkat ke Mina.

Sewaktu di sana, kome juga berpeluan mengadakan lawatan ke tempat2 bersejarah di sekitar Mekah. Unta tu dikhususkan untuk bergambar aje.

Bersama rakan sebilik semasa di Mekah..

Bergambar di hadapan Masjidilharam semasa pergi menunaikan solat Zohor.

Hotel tempat kome menginap. 100 % jemaah haji Malaysia di sini. Pihak Tabung Haji menyediakan perkhidmatan Klinik, kaunter penerbangan, Pos Malaysia, Kaunter pengeluaran duit, dan macam2 lagi perkhidmatan untuk menjaga kebajikan jemaah haji kite.


Semasa menunggu di lapangan terbang Jedah untuk kembali semula ke Malaysia...

Tak banyak gambar yg dapat koi tangkap semasa kat sana sebab koi bawak kamera pakai filem yg cikai aje. Mengkala sekarang ni, bukan setakat kamera digital, malah handycam pun ramai yg bawak pegi sana...Yalahkan, di samping menunaikan ibadat, inilah masanya untuk melancong dan berada di negara orang dengan tempoh yg agak lama.

Wassalam..

Wednesday, November 25, 2009

Payoh weh buat video ni...

Salam...

Masa Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kat sekolah koi Khamis dulu, koi ade ambik gambar guna handycam yg baru ter. Konon2nya nak cuba berjinak-jinak dalam dunia video ni.

Selepas habis je program te, koi mintak pengacara majlis umumkan kpd hadirin yg datang menkala nak dapatkan video program tersebut, boleh buat tempahan DVD dgn harga RM 10.00.

Sehingga hari Isnin baru ni, koi dah menerima tempahan sebanyak 13 unit yg mana koi rasakan satu permulaan yg baik utk koi dan juruteknik komputer sekolah koi mencari duit untuk poket sendiri selain dimasukkan ke tabung ICT sekolah.

Yg menjadi masalahnya, saiz video tu bapoklah besornya sehingga mencecah 11 gigabait. Utk mengurangkan saiz terlampau besar tu, kome convertkan ke dalam format MPG dgn menggunakan software FormatFactory.

Dari saiz 11 gb, akhirnya kome dapat kecikkan sehingga 2.60 gb. itupun banyak part2 yg koi kira tak perlu dimasukkan telah koi cut.

Dari saiz tersebut, koi kira bolehlah koi burnkan terus ke dalam DVD tanpa edit menggunakan software lain. Sebabnya kome berdua ni langsung buta buat movie guna perisian yg khusus buat video.

Kome ingat nak terus burn saje ke DVD, sebabnya DVD akan dapat membaca apa saja format video sama ada format WMV, MPG. MKV, 3GP, RMVB, AVI, MP4 dan lain2.

Lepas semua fail dah kome convert dan joinkan semua fail, kome pun cubalah nak burn terus ke DVD-W.

Jenuh lalu kome cuba pelbagai format yg ada dengan tah berapa kali convert fail tersebut.

Buat punya buat, dengan macam2 kemahiran yg ade kome guna, tapi hasilnya bila nak cuba mainkan balik, langsung tak menjadi.

Yg kome guna ialah burn melalui Window DVD Marker , Window media player dan burnkan direct ke DVD drive kemudian write file yg ade.

Setelah 2, 3 hari bertungkus lumus......namun kome masih lagi tak berjaya jugak.

Kome naik pening dah mikirkan, ngape takmboh lalu dengan menggunakan DVD ni. Mengkala pakai CD je, takde masalah. Memang biasa kome buat.

Jadi, nok taknok....nampok gayanya minggu depan terpaksalah kome berguru dengan staff PKG Bera, mintak tolong selesaikan masalah kome ni.

Lagipun koi dah janji dengan coustomer, hari Selasa boleh ambik DVD yg dah siap te.

Tapi sebenornya, memang kome berdua nak sangat belajar buat video ni. Dengan handycam yg ade, nanti kome boleh cari duit poket tambahan .

Lagipun, masa ucapan Guru Besar semasa hari anugerah tu, gb siap promosikan kepada penjaga sesiapa memerlukan khidmat ambik gambar utk majlis kenduri kawin boleh berhubung dengan kome berdua dengan bayaran berpatutan.

Yg menjadi masalahnya.....kome perlu memahirkan diri dengan kemahiran buat video ni sebelum menjadikan satu kerjaya tambahan....

Kot2 sesiapa boleh berikan panduan macam mana cara mudah nak burn DVD ni, koi amat alu2 kan..maklumlah kome berdua spt pantun melayu ter...." buah cempedak diluar pagar"..

Wassalam..


Tuesday, November 24, 2009

Singgah sebentar nengok air Sungei Pahang ..

Salam...

Petang tadi kome singgah makan chay kua tew kat kedai makan Gobang Court bersebelahan Esso Temerloh sambil hala balik ke Purun.

Selepas te, teringin pulok nok nengok ke gone gayanya air sungei pahang sekarang ni, toh ke doh melempoh ke tebing.

Jadinya, pegilah kome menjenguk kat jambatan lama Temerloh , nengokkan air sungei yg koi rasa ada potensi nak bohnya kat Temerloh dan kwsan sekitarnya.

Semasa lalu balik hala ke Triang tadi pun, koi tengok kat kawasan Belenggu yg selalu banjir te, dah dipasang kayu pancang ngukur banjir. Ande te pulak kawasan2 tertentu, paras air sungei yg dah sama paras dengan tebing .

Kata koi, popalih gini.....menkala ujan sari dua lagi, harus tok lepas ke Temerloh.

Satu lagi, kala nok tengok sangkor2 ikan kat sungei pahang ni, masa nilah boleh nampok sangkar berderet2 dari jalan besar....banyak weh rupanya sangkor2 ikan patin dan talapia ni kat sepanjang jalan dari Temerloh ke Triang tu....

Rasa koi, para2 penternak ikan te bapok le risaunya nengok ke paras sungei yg semakin besor te....apa ke tidoknya, mengkala sangkar sampai atas jalan besor, tak ke maru jadinya....
Nok2 pulok ikan te tak sempat dijual, lagilah haru maru jadinya....


Koi malas nak tulis2 panjang.....mengkala tak caye, tengok la sendiri gambo kat bawah ni hah....







Yg koi gecor sangatnya, nengok ke jaring yg toh sape2 tu tahan kat tebing tu....geram betoi koi ...
yg nampok tong warna biru terapung tu....itulah pelampung kat jaring ....
Menkala tok dan nok nengok ke air sungei pahang ni.....tengok jelah video yg koi tangkap ni..

Begitulah adenya....


Monday, November 23, 2009

Dialog 2 org hamil..

Bosan2 takde benda nak tulis, terjumpa satu cerite lawak bodo buat mengisi masa yg terlampau banyak lebihnya...

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta
api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang. Ada seorang
ibu hamil yang juga
sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
lelaki bertanya pada wanita itu :


Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
dengan nada kesal)


Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
bertanya)Encik hamil juga ya?


Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
orang ya?


Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)


Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah
belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)

hehehe.....

Moral : pastikan zip seluar anda sentiasa dikancing...

Dulu masa sekolah menengah penah jugak terlupa zip seluar, padanlah ande makwe te, beri isyarat angkat tangan tunjuk kat bawah..koi ingatkan die nak ngorat koi...buat tak tahu ajelah...sampai je kat umah.....la zip terbukak....malu usah ceritelah kat makwe te...

Sunday, November 22, 2009

Koi terhibur menengokkan pandainya orang ni..

Salam..

Tak banyak org Malaysia yg berkebolehan memainkan patung menghiburkan orang ramai spt video kat bawah ni.....

Mai le tengok slekton kat bawah ni....kot2 wokme terhibur...

Musim hujan + musim kenduri khawin

Salam...

Start aje cuti, banyak le jemputan kenduri kawin....rodong2, jiran2, kawan2.....ramai buat kenduri. Sendiri nikah le, adik kawin la, kawin anak le...

Kalau tak pegi, tak sedap pulak......beriye sangat ngajaknya. Nak pegi karang, rasa cinta aje nengok ke cuaca sekarang ni asyik hujan aje.

Kot gone pun, mengkala rodong2 dekat te, nok taknok kena pegi jugalah..paling tidokpun nunjuk ke muka kite ni yg datang.

Tapi bagi koi, bab kenduri ni, suke sangatlah. banyak kelebihannya. Kalau seisi rumah pegi, tak payah koi beli lauk utk memasak. Pegi je kenduri te...hulur je RM 10.00 ....abis cerite.

Lagi satu, masa kendurilah nak rasa makan gulai kawah daging segar. Ande te pulak sediakan lauk tambahan dan aksosori lain2 ....

Tengok pulak tuan rumah te. Mengkala orangnya berduit, sesetengah tu sediakan ikan patin masak tempoyak lagi. lepas tu pulak siap dengan bubur utk pencuci mulut lagi... Bapok le meriahnya.

Menengok ke tetamu pulak, macam2 pesen ande. Nok pulak waktu hujan turun...bapok le kalutnya....tapi bab makan ni....hujan ke, panas ke.....nasi penuh jugak sepingan.

Cuma, yg agak kesiannya...tuan rumah dan jiran2 tetangga... bila musim hujan buat kenduri, sedikit menyusahkan.

Walaubagaimana pun....setakat semalam dan hari ni, koi tengok setiuasi kat majlis walimatulurus tu.....tetap meriah walaupun dalam keadaan cuaca sebegini..

Esok atau lusa, setakat ni takde lagi jemputan kat koi...tak tahulah kalau koi rajin lepak kedai makan atau berjemaah kat masjid , terjumpa pakcik2 yg nak buat kenduri te ngajak koi pegi....tak tahulah pulak....

Tapi, realitinya...musim cuti nilah musim orang nikoh.....

Wassalam..

Saturday, November 21, 2009

Indahnya masyarakat KL hari ni...



Salam....

Jika anda bercuti ke KL, maka anda akan terjumpalah keindahan terbaru masyarakat KL hari ni...

1. Senario di gerai-gerai makan
" Sila duduk ya pak, mau makan apa ya...nasi goreng ada, mee goreng ada, macam-macam makanan panas ada pak...

Ulasan : Para peniaga di gerai2 makanan dimonopoli oleh indon. Geli geleman koi nak makan sebab ke tengok gayanya diaorang ni niaga langsung tak pentingkan kebersihan...Biasalah cari untung punya pasal. Nak dibandingkan dengan orang kite yg masak, jauh lebih sedap..

2. Senario di kedai2 menjual barangan hiasan.
" Ini harga situ juga tulis, kasi tengok sana punya tandalah...mahal jugak tarak...kasi satu angkat kurang lebih bayar jugak..

Ulasan : Pembantu2 di kedai2 tersebut dimonopoli golongan Banglades. lain yg ditanya, lain yg dijawab. Bila ditanya lebih sikit, tah apa2 dijawabnnya.. Silap2 harga kat rak barang lain, bila nak bayar kat kaunter lain pulak harganya....kat situpun bangla juga yg jaga kaunter...

3. - Senario di kawasan2 kepentingan awam
" itu tempat sana jugak pegi, sana jugak belok, sana juga jumpa......oooo....itu tempat ...saya jugak tarak tahu...baru jugak sini kerja...

Ulasan : Pak guard dan tukang2 sapu di lokasi kepentingan awam dimonopoli oleh warga Nepal. Muka hemsem, tapi cakap ........dengan kita2 jadi pening...


4. Senario sewaktu makan
" Enci, tisu beli jugak.....kasih sedekah .....

Ulasan : Sewaktu sedang makan-makan , tiba2 datang peminta sedekah menjual tisu. bila diamati betul2, golongan tersebut di kalangan warga Miyanmar ...nengok ke mukanya popalih sedihnya. Pakaian usah ceritelah.....pengemis katakan...

5. Senario sewaktu menunggu LRT
" Encikkk.....bole kasi satu ringgit sama saya itu tiket LRT juga mau beli....

Ulasan: Tiba2 datang warga India mintak duit kononnya nak buat tambang naik LRT. Entah ye atau tidak, tidak dapat dipastikan...Tapi..realitinya memang mintak duit dari kite....pada hal, duit tu nak beli benda mabuk gamoknya....

***************************************************
Rumusan keseluruhan :
Itu merupakan sebahagian drpd senario warga asing yg semakin hari semakin ramai di ibu kota sekarang ni....Apa yg dibimbangkan, warga2 asing ni lama kelamaan akan merebak pulak ke bandar2 lain.

Inilah menunjukkan betapa sibuknya pemimpin kita, hinggakan masalah begini masih lagi dianggap masalah yg sedei-medei.....

Nanti, apabila ditanya kepada murid2 mengenai masyarakat majmuk, tidak hairanlah ada yg menjawab bangsa indon, Banglades, Miyanmar, Pakistan, India, Cina dan lain2 berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka.....

Sekian....

Friday, November 20, 2009

Apabila cuti panjang bermula...

Salam...

Hari ni menkala ditanya sama ada budak2 atau cikgu, takde yg mengatakan tak seronok bercuti.

Sampai tukang kebun dan jaga sekolah sekalipun turut meraikan cuti sekolah ni dengan harapan bolehlah berehat dan ngelat sikit-sikit.

Maklumlah kat sekolah lenggang takde murid dan guru. Hanya staff sokongan aje yg tah berapa kerat te ande.

Pagi2 tadi koi dah bereskan segala serahan tugas yg sepatutnya diserahkan. Yg penting2 koi serahkan kepada pihak pentadbiran. Bukannya ape, bagi koi bab menyelesaikan kerja terawal tidak meletihkan di kemudian hari. Sebab tulah kebanyakan tugasan yg diberi, kalau boleh koi nak siap dan hantar hari te juga.

Sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah kepada murid2, koi buatkan satu banner khusus mengucapkan selamat bercuti kpd murid2.

Sebelum bukak sekolah nanti, satu lagi banner yg akan koi siapkan berkenaan dgn makluman kepada ibubapa / penjaga program permulaan sekolah terutama bab orentasi Tahun 1, Pra Sekolah, mengambil buku teks dan pembayaran yuran persekolahan.

Bagi koi, cuti sekolah yg paling panjang ni merupakan hari yg ditunggu2. Banyak benda koi boleh buat sebab tak terikat dengan tugasan sekolah. Selain menyibukkan diri dengan projek koi yg tak sudah2 tu, cuti ni jugak memberi kesempatan untuk kome anak beranak pegi jalan2 sambil melancong. Di samping itu jugak, masa inilah kome geng2 mencari ikan ni pergi bermalam sambil menahan jaring di lokasi2 yang dikenalpasti banyak ikan.

Walau apa2 pun, start hari ni, koi malas dah nak fikirkan hal2 persekolahan. Perkara yg sedei2 yg belum koi bereskan lagi tu, minggu depan masih ande masa. Kalau boleh sepanjang 6 minggu ni, koi nak cuti sepenuhnya kerana minggu ke tujuh akhir cuti nanti dah terang2 seminggu kena berada di sekolah membereskan persiapan untuk tahun hadapan.

Oleh itu, ...................................Buat semua insan bergelar pelajar dan guru2 sekolah tu......"Selamat Bercuti Sakanlah Kite"...

He he he he.......

Inilah tempat semua banner yang koi buat untuk pihak sekolah diletakkan. Antara salah satu projek khusus yg koi usahakan supaya sekolah koi mempunyai tredmark tersendiri iaitu antara sekolah yg paling kerap mengisi banner setiap kali program sekolah diadakan. Rasa koi dah berbelas2 dah banner yg koi siap buatkan dan gantung di menara letak banner tersebut.


Oh ye....sempena cuti ni, koi nak bagi satu lagi teka teki sempoi yg rase2nya ramai dah tahu. Teka teki ni saje je koi bagi supaya rodong2 kat luar sane tu boleh memerah otak mencari jawapannya...

Teka tekinya : Dalam banyak2 binatang, binatang apa yg paling kurang ajar dan ngepe pulak binatang tu kurang ajar kat manusia ?....



Thursday, November 19, 2009

Hari anugerah kecemerlangan Pendidikan dan graduasi Pra Sekolah

Salam...

Setelah 3 hari bercuti, hari ni kat sekolah koi diadakan pulak Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Graduasi Pra Sekolah atau kalau bahasa kampungnya, hari penyampaian hadiah.

Tugas koi awal2 lagi dah selesai iaitu bahagian publisiti, tukang buat banner. Waktu majlis te berlangsung, koi kena tolong jugak bahagian siaraya dan sepenuhnya koi ditugaskan mengambil video aje. Antara tugas yg kira2 mudahlah jugak..

Oh ya....hari ini jugak diumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2009 ni. Sekolah koi setanding dengan kelompok sekolah2 berhampiran sini.

Calon yg mendapat 5A hanya 3 orang aje, manakala peratus keseluruhan 65.8%. berbanding dengan tahun lepas murid sekolah ni seramai 6 orang mendapat 5A.

Yang agak mengecewakan sikit, jumlah calon yg mendapat 4A1B seramai 11 orang, manakala 4A1C seramai 3 orang dan 3A2B pulak seramai 3 orang.

Kebanyakan calon bersilang mata pelajaran sains dan BI. Calon BI mendapat A seramai 6 orang . Tapi 3 orang te pulak dapat B sains..

Gitulah gayanya tiap2 tahun. Tahun lepas kome hebat, tapi tahun ni kurang pulak hebatnya pulak. Entoh2 tahun depan pulak luck bebudak ni terserlahlah pulak macam tahun2 lepas yg senarionya turun naik....

Tapi, rata2 banyak sekolah kat sini pencapaian macam kat Purun jugaklah, tak banyak sangat perbezaannya...

walaubagaimanapun, kome tetap bersyukur dengan pencapai 3 orang 5A tersebut iaitu :
1. Nurain Ikram anak GPK Hem SM Purun
2. Nur Atirah Zamri anak generasi kedua yg bekerja sebagai buruh
3. Wan Amera wan Amri anak generasi yg juga bekerja sebagai buruh..

Namun begitu, kemeriahan hari ni tetap menjadi kenangan buat semua warga Purun ....nak2 pulak setiap kelas perlu membuat sekurang2nya satu persembahan kepada ibubapa masing2....






























Sekian....