Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, December 21, 2009

Hari siangpun berani mencuri

Salam....

Ptg semalam lebih kurang jam 2.30 petang, koi baru nak lelapkan mate. Tiba2 koi dengor buah nyor jatuh berdebuk2.

Dalam hati, koi syak dah, ni mesti kerja malbat ( penagih ) sedang mencuri nyor kat kompleks kome ni. Kebetulan pulak nyor kat bawah tu banyak sgt buahnya sebab kome tak berapa cara sgt waktu cuti sekolah ni.

Kebetulan pulok waktu tu hanya koi sorang je penghuni yg ade kat situ. Orang lain semuanya tengah bercuti kat tempat lain.

Waktu tu pulak hujan turun renyai2. Lagilah bebudak tu beraninya.

Sebelum tu, koi dengor dah 2 kali bunyi motor mencurigakan lalu kat bawah tu. Koi bior ajelah sebabnya waktu tu petang2, takkan berani bebudak malbat ni nak mencuri waktu tu.

Rupa2nya sangkaan koi meleset.

Koi pun intai kat balkoni nengok ke bebudak tu sedang ralit mengait dan mengumpul buah nyor kat tepi kompleks kome tu. Apa lagi, koi sergahlah kuat2 kat budak tu.

Dengor je suara koi, ingatkan budak tu lari. Rupanya tidak. Celaka tu pulak jengok muka koi kat tingkat 3 ni dengan muka yg selamba tanpa rasa bersalah.

Lepas tu, gamoknya takut koi turun, malbat tu kemudiannya kumpulkan buah nyor tu dalam guni kemudian cabut.

Koi baru nak telefon rodong2 kot ade berdekatan, tapi takdan. Nengok ke mukanya, memang koi kenei budak tu. Adik beradik , ayoh die, semuanya koi kenei.

Koi nak turun sorang2 pergi serbu budak tu, takut jugak. Bahannya diapa2kan hak milik koi yg ade kat bawah tu, karang jadi naya pulak. Biorlah buah nyor je dia ambik. Tapi kalau harta berharga spt kereta, motor, basikal atau peralatan kebun koi dia org rembat, memang koi kejor habis2san. Koi tak kira sape.

Nak2 koi kabor kat ayoh die tentang hal tu, tapi tak sampai hati pulak. Maklumlah ayohnya rajin ke masjid, ke kedai kopi petang2 pun rajin dan cakap banyakpun jenis yg rajin jugak.


Gambor budak tu tengah mengumpul buah nyor yg koi snap dari balkoni rumah .

Bendalah nak jadi dengan puak2 tu. Dahlah ramai , pas tu kerap juga lalu kat bawah kompleks dengan motor, ninjau2 kot benda yg boleh dirembat.

Koi ingat lepas ni nak beli lastik dan guli lah pulak. Spt gambo kat bawoh ni.

Nanti kalo bebudak malbat tengah ralit mencuri harte benda kome kat bawah ni, boleh koi lastik kepala die. Bior insaf sikit. kalo takpun bior die org serik taknak mencuri kat sini lagi..

Sekian...

9 comments:

orang muo said...

La... pakai lastik koi, dah bengkak kat dahi baru bebudak tu paham...he he..

Aku Anak Pahang said...

Payah nak cakap bender gini..nok biar sakit hati, nak ambit tindakan jadi ko beria kadang tu.. telan mati mok luah mati ayoh....jgn jadi macam felda tmpt kawan nei dulu sabit buah derian mati kena balun ngan besi haji pulok tu hok membalunkan tu adus...

Redz da Tsar said...

Hehe... Sabo weyh... Kalu kite redha dapat jugek ke kita pahale sedekoh... kalau banyak kali, tak tahan jugek weyh... Libeh je dengan kayu beluti, bagi berbirat belakang demeh~

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, bio ajalah, dah nok jadi rezki ke deme buaah nyor tu nok buat gone, Allah dah bagi rezki ke deme ikut cara itu, kita halal ke ajalah..mudah mudahan deme tu sedo kesalahan deme, atau bio deme kutip dosa kita kutip pahala, walaupun sikit lama2 jadi bukit...

abu muaz said...

lastik je mudah.... bukan kira dosa pahala tu.

Unknown said...

Salam Koi. Esok kumpulkan budak2 penagih dan minta maaf kerana kau dah bersangka buruk dengan mereka. Nanti dia tak ampun dosa kau susah jadinya...

saharul said...

hahaha....awok ni mybabah, sepatutnya puak2 tu yg mintak maaf kat kite orng...apa pulak bersangka buruk dgn mayat hidup tu...kalau boleh koi nak sengkeh kepala diaorang bagi insaf sikit..

Kat tempat awok takpelah, takde senario macam kat sini, kalau kena kat kwsn umah awok...entohlah, gamoknya tak tidur malam mikirkan keselamatan harta benda dan keluarga...

Anonymous said...

baguih la cikgu jang ni meghiburkan koi membaca nyer

Relevan said...

Setit je Cikgu..kala ayoh nye datang setit juge pala ayoh nye..