Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, January 31, 2010

Sambungan hantu rayapun boleh pengsan



Disebabkan dah tak sabar2 hendak tahu apa kandungan dalam sampul surat tu, hantu raya nipun teruslah buka dan puas dibelek di dalam sampul terjumpalah sehelai bulu yang agak kasar dan hitam pekat warnanya.

Lalu berkatalah Makcik Joyah tu tadi " hah...tu bulu tu....koi nak awok luruskan sampai betul2 lurus . Selagi bulu tu tak lurus, awok toksoh buat keje lain...dah lurus barulah datang balik berjumpa koi"..

"His.....kalau setakat luruskan bulu tu, sedei sangat kejenya....takde ke keja lain yang lebih berat" hantu tu tadi cuba membeta pulak makcik Joyah ni.

" Cuba dulu....toksoh ngada2.....awok buat dulu, kalau dah berjaya nanti koi bagi bulu yang lain pulak....lebih mencabar lagi" sahut Mak Joyah sambil membetulkan kain batiknya...

Maka, si hantu nipun balik le ke rumah dah cuba hendak meluruskan sehelai bulu tu tadi.

Dilurut bulu tu, kerinting balik...dilurutnya lagi, kerinting lagi....dilurut lagi dengan bermacam2 gaya namun tetap kerinting walaupun si hantu tu buat kerja tu tanpa berehat.

Selang setahun kemudian, disebabkan entah berapa jutaan kali mengurut, barulah bulu tu tadi lurus.

Maka, berlarilah si hantu ni tadi ke rumah mak Joyah dengan penuh semangat hendak beritahu kerjanya dah selesai.

" Mak Joyah...oi mak Joyah...teriak si hantu ni tadi sesampai aje kat rumah Makcik Joyah.
Yang si Mak Joyah ni pula sedang mandi....tak dengar hantu ni panggil dari luar.

Hantu ni pula dah tak sabar2 nak beritahu kerjanya yang meluruskan bulu setahun tu tadi dah siap, lalu terus aje masuk ke dalam rumah mencari Mak Joyah....

Dicari kat ruang tamu takde, kat dapur pun takde, kat dalam bilikpun takde.....terdengarlah bunyi air bercucuran kat dalam bilik air...

Yang hantu ni memang jenis takde moral....terus je dibukanya pintu bilik air yang sememangnya tak berkunci tu tadi....

Apabila terbuka aje pintu dan terpandanglah akan ...............................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Lalu hantu raya tu tadi tetiba aje pengsan.......

Sedangkan sehelai nak diluruskan mengambil masa sampai setahun, nikan pulak beratus2 helai..........lagilah..........



Begitulah adanya.....

Sekian...

Saturday, January 30, 2010

Hantu rayapun boleh pengsan..

Salam...

Sesaja nak cerita biarpun pedoohnya melampau.
Tapi itulah yang seronoknya apabila borak bersama rodong...ade je ceritanya,...

Mungkin ada rodong2 yang pernah dengar cerita ni...

Alkisahnya pada zaman dulu2 di sebuah kampung yang sudah hilang dari peta dunia, tinggallah seorang pakcik tua bersama hantu raya belaannya.

Entahah macammana pada suatu hari, pakcik tu tadi telah meninggal dunia meninggalkan belaanya tanpa tuan baru.

Disebabkan, si hantu raya ni tiada tuan, merayau2lah di serata kampung untuk mencari tuan baru kerana hantu ni jenis yang rajin bekerja dan jika tak bekerja, tidak amanlah hidupnya dan mulalah membuat masalah.

Maka dengan itu kampung yang asalnya aman damai menjadi kelam kabut disebabkan hantu raya tu tadi.

Bagi menyelesaikan masalah, Tok 4 kampung tu pun bermesuaratlah bersama ahli JKK bagi menyelesaikan masalah bagaimana hendak menghalang si hantu raya ni daripada terus mengacau orang2 kampung untuk mencari tuan baru.

" Apakata kalau kita suruh aje hantu tu pergi tebas segala semak samun yang ada kat kampung kita ni" cadang Pak Leman semasa semua hadirin senyap mencari idea.

"Ah ah ye....betul jugak" sambut Tok 4 mendengar cadangan bernas si Leman.

Selepas mesyuarat, Tok 4 pun memanggillah si hantu raya tu dan mengarahkan agar pergi menebas semua semak samun yang ada di kampung tersebut.

Dijadikan cerita disebabkan gian sebab lama dah tak kerja, tak sampai 3 hari, si hantu tu berjaya menyiapkan kerja2 yang diarahkan oleh Tok 4 dan meminta lagi kerja apa nak dibuat.

Maka, Tok 4 pun berilah apa2 kerja yang sesuai dilakukan oleh hantu tu tadi...dan semua yang diarahkan dapat disiapkan dengan masa yang amat cepat.

Disebabkan hantu ni cekap sangat buat kerja dan dah takda benda nak disuruh, membuatkan Tok 4 susah hati kerana kalau tak diberi tugas, hantu ni tadi kembali mengacau orang2 kampung.

Bermesyuaratlah kembali exco2 kampung ni mencari jalan penyelesaiannya...

" Tok jangan bimbang, biar saya yang selesaikan masalah ni" kata Mak Joyah selaku wakil GPW kat situ.

" Kalau awok ade jalannya, molek sangatlah...kita ikut je...moga2 mungkin cara awok nanti serasi dengan masalah kita ni"..sahut Tok 4 dengan penuh nada kesayuan...

Jadi, selepas balik ke rumah Mak Joyah nipun memanggillah hantu tu ke rumahnya untuk diberi tugas seterusnya.....

Apabila si hantu tu datang ke rumah Mak Joyah, dihulurkan oleh Mak Joyah satu sampul surat yang mengandungi sesuatu...

" Awok hantu, pesan koi jangan dibuka sampul ni kat sini, setelah awok balik nanti...barulah dibuka dan ikut aje arahan yang ada dalam sampul tu" arah Mak Joyah ...

Hantu ni pulak tak sabar2 nak tahu apa kandungan dalam surat tu......jadinya....

*

*

*

*

*

*

*

Op....dah nak masuk waktu Insyak lah pulak.....esok lah koi sambung cerita ni....ni nak pegi masjid dululah yek.....

Wassalam.....

Friday, January 29, 2010

Pesakit ahli politik

Salam..

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan. "

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah. "

hehehehe...

ye ke ahli politik ni gitu ????
Kat Malaysia takde kot...

Tuesday, January 26, 2010

Habis madu sepah dibuang


Salam..

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..Insan???

Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!

Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong..yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.

Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuhku membahang...uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!!syaitan!!! bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya... Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..

Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain...Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu. Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan-syaitan itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku.

Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!




Yang Benar,
SEPUNTUNG ROKOK

Rokok lah .... abih korang pikir apa huh? :)
Kusyuk nampak membaca....hehehhehe....sebab itulah ada negeri mengharamkan rokok...


Monday, January 25, 2010

Pergi tak kembali

Salam...

Minggu lepas negara kita dikejutkan dengan kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Selepas tu berita kematian Tun Ghazali Syafie...

Dan pada malam semalam salah seorang peneroka di sinipun turut sama pergi ke alam barzah buat selama-lamanya.

Ketika mendengar berita kematiannya lebih kurang jam 10 malam, koi agak terkejut kerana sebelum ni Allahyarham kelihatan sihat dan selalu berselisih sewaktu menunggang motor.

Dengar2 malam tadi dah tiada......satu perkhabaran yang mengejutkan juga...

Sewaktu menziarahi jenazahnya pagi tadi....terasa sebak di hati......itu giliran dia.........giliran kita tah bila dan macammana?

Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...Amin...

Sessungguhnya kematian seseorang tu sebagai satu peringatan kepada yang masih hidup....

Wassalam..

Friday, January 22, 2010

Berjalan lancar program hari ni..

Salam...

Alhamdulillah pada hari ini kat sekolah Purun berjalan lancar program perjumpaan penjaga yang memang diadakan pada setiap awal tahun .

Selain pembentangan program Tahun 6 untuk sepanjang tahun ni, pihak Felda juga menunaikan janjinya untuk menghadiahkan RM200 kepada pelajar yang mendapat 5A pada tahun lepas dan janji tersebut ditunaikan pada hari ini.

Sekiranya permohonan sekolah mengecek YB Norul untuk memberi sumbangan kewangan, Insyaalah semua calon UPSR dan guru2 akan merasalah pulak merehatkan minda di luar dari Purun ni. Cadangnya ke Kuantan...tengok la keadaannya macam mana. Kalau tak dapat banyak....dapat sikitpun jadilah..

Yang mencatat sejarah jugak, hanya 2 orang sahaja wakil penjaga kepada murid yang tidak dapat hadir berbeza dengan tahun2 lepas yang kehadiran penjaga untuk bermuafakat dengan pihak sekolah tidak pernah mencecah 80%...

Senario hari ni sempat jugaklah koi rakamkan untuk menambah koleksi program sekolah di dalam blog ni...

Sebelum menunggu ketibaan YB, koi sempat juga berpossing di samping GPK 1 dan GB.
Pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan diberi peranan berbaris di sepanjang kaki lima menuju ke dewan untuk menyambut YB dan tetamu.
Hidangan untuk tengah hari tadi disediakan oleh pekerja dan dibantu oleh guru2.
Antara pekerja dan pengawal keselamatan yg turut sama memberi bantuan tenaga untuk menjayakan program hari ni.
Disebabkan RTM tidak dapat datang, koi terpaksa merakam sendiri menggunakan handycam sekolah untuk koleksi sekolah. Pada asalnya memang RTM datang nak buat rakaman dan meminta program tu dirasmikan oleh YB, tiba2 tak jadi pulak....kalau tidak memang meriah program tadi..
Ketibaan YB Norul Azali, disambut meriah walaupun lewat sejam...
Ketibaannya disambut pengawas dan guru2..

antara senario dalam dewan yang dipenuhi penjaga.
YDP PIBG ..En. Mustapa memberi ucapan pertama
Tuan Pengurus, En Azmin juga berucap
Paling lama berucap ialah GB....sebabnya beliau sendiri yang membentangkan program Tahun 6 untuk tahun 2010 dengan menggunakan LCD yang baru koi ubahsuai untuk diletakkan di dewan sekolah secara kekal.
Disebabkan slide yang dipaparkan mengandungi beberapa perkara ,menarik, hampir semua hadirin menumpukan perhatian.
Giliran YB Norul berucap dan merasmikan program tadi.
Di akhir sesi........masa bergambar antara guru2 bersama YB, Pengurus, Ketua Kampung dan AJK PIBG...

Maka, dengan berakhirnya program tadi dengan lancar ...secara tidak langsung koi sendiri merasa agak lega kerana urusan antara pihak Felda dan sekolah....koi yang menjadi pengantaranya...

Begitulah adanya......sekian..

Thursday, January 21, 2010

Kisah jual bayi...


Salam...

Biarpun cerita kat bawah ni dikategorikan cerita lucu, tapi disebaliknya tersirat seribu makna buat insan yg bergelar anak2...

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Che gone rodong2....mboh kite membiorkan ayah mok kite terkontang kanting kat umah2 org tua nun...fikir2kanlah...

Wassalam...

Wednesday, January 20, 2010

Emel yang koi tolong panjangkan...

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.



Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak


Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan.. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.. .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman.. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang... Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

Tuesday, January 19, 2010

RTM nak datang sekolah kome !!

Salam...


Apabila dah nak habis mesyuarat program kecemerlangan UPSR petang tadi, tiba2 SDA Felda telefon kepada koi memaklumkan bahawa pada perjumpaan Penjaga yang dijadualkan pada pagi Jumaat nanti, pihak RTM akan datang dan meminta YB Norul Azali (Adun Guai) datang merasmikan majlis tersebut.

Pada mulanya sekolah dan Pihak Pengurusan Felda nak buat program tu tidak le secara besar-besaran, tapi kalau dah RTM dan YB nak datang, terpaksalah susun balik aturcara program dan pelaksanaan program pada hari tu nanti.

Yg koi ni tak berapa jelas semasa SDA tu telefon koi, dan setelah koi telefon balik utk mendapatkan penerangan lebih lanjut, barulah jelas yg sebenarnya RTM akan datang ke Purun ni pada hari esok dan bertanyakan program yang terhampir kat sini.

Kebetulan pulak program terdekat ialah perjumpaan penjaga bersama pihak sekolah dan pengurusan Felda, jadi Pengurus Felda pun teruslah beritahu kpd pihak RTM pasal program tersebut. Yg RTM ni pulak meminta YB Adun Guai datang sebagai perasmi.

Asalnya koi ditugaskan di bahagian backdrop dan cadangnya memang nak guna LCD sahaja, tapi kalau dah YB dan RTM datang, terpaksalah pulak buat backdrop yang kekal kat belakang pentas.

Jadinya, koi mulalah nak mengelak kalau disuruh buat backdrop kat dinding tu. Setakat guna komputer dan pancar pakai LCD, memang takde masalah sebab itu adalah kepakaran koi. Maka koi syorkan agar dibuat satu banner yang boleh digunakan untuk diletakkan di hadapan sekolah pada sebelum program dan semasa program dijadikan pulak backdrop.

Apabila semua setuju, koi telefon balik SDA Felda tu minta bajet utk banner tu dan dan diluluskan oleh pengurus Felda sebanyak RM150.00. Elok sgt le tu sebab kalau tempah di Kerayong memang mahal berbanding di kedai yg biasa sekolah buat tempahan.

Nak tak nak, koi usahakan lah buat banner tu spt kat atas tu supaya siap juga malam ni. Walaupun tak secantik mana, tapi itulah kerja yang dianggap segera kerana masa untuk gunanya tah tinggal berapa hari lagi. Esok mungkin koi minta kebenaran GB untuk keluar sekejap ke Kerayong untuk buat tempahan.

Kira2nya kalau jadi RTM 1 tu datang, sekolah kome nanti akan mencatat satu sejarah tersendirilah gamoknya sebab selama koi berkhidmat kat sini belum lagi ada pihak media yg datang buat rakaman. Elok sgt le tu walaupun kome jadi kelam kabut nak bereskan persiapan sempena program tersebut pada hari Jumaat itu nanti.

Satu lagi, koi syorkan juga kpd GB supaya pembentangan program tu nanti mendapat perhatian YB dan mana2 kewangan yang tak cukup tu, bolehlah YB bagi sumbangan. Moga2 dapat. Dan kalau dapat mungkin sekolah koi boleh menjalankan program kecemerlangan UPSR nanti dengan lancar.

Harap2 gitulah....

Wassalam..

Monday, January 18, 2010

Erti gerak geri dalam solat..

Salam..

Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


Wsslm..

Sunday, January 17, 2010

Dah orang nak ambik, buat apa bising2..

Salam...

Apabila koi melepak sama ada kat kedai kopi ke, rumah rodong ke, ...atau di mana tempat ade orang berkumpul...tak habis2 lagi kisah peneroka ambik ladang dari pihak Felda sebelum waktunya.

Cerita ni bermula, seingat koi start awal tahun dulu dan seramai lebih drpd 70 orang peneroka yang asalnya menyerahkan ladang kpd pengurusan Felda telah ambik kembali disebabkan beberapa alasan yang munasabah.

Antara alasan yang mereka kata kukuh ialah pihak Felda tidak menguruskan ladang dengan baik. Ada pokok yang tak disulam balik, ladang semak samun, buah tak habis dikeluarkan, ada pokok yg tak dapat baja...dan macam2 lagilah alasan diaorang...... apabila harga sawit semakin mahal dan ada harinya hingga mencecah 500 ringgit satu tan.

Bagi pendapat koi....sokongpun tidak , bantah pun tidak. Koi bukan ada hak nak mempersoalkan mereka...itu hak mereka. ladang mereka dan hasilnya adalah untuk mereka.

Hok yang sebenarnya yg mendorong peneroka berminat sgt nak uruskan ladang sendiri ni adalah disebabkan harga sawit sekarang ni bertambah mahal.....dapat 4-5 tan sebulan dah menjangkau ribuan ringgit berbanding dgn sara hidup yang Felda bagi RM1500 sebulan...mana cukup...

Nak2 pulak apabila peneroka2 yang tanam sendiri ni bercerita....lagilah menyemarakkan semangat nak ambik semula ladang mereka.

Nanti.... apabila harga menjunam, tak tahulah pulak gone gayanya....pokok nak dibaja, semak samun nak diracun, orang ambik buah nak diupah, kos meloding, kos lori .........

Itu belum lagi hutang dengan Felda selama ni yang tiada sorangpun peneroka di Malaysia ni tahu dah berapa hutangnya dengan Felda selama ni ....sebab tak ada penyata kewangan.

Itu secebis rentetan yang menjadi salah satu isu panas kat sini....

Entahlah.....sebab itulah ladang orang tua koi kat Mayam tu, biarlah Felda yg uruskan...biarlah harga sawit naik ke, turun ke......RM 1500 tetap mak koi dapat tiap2 bulan..kadang2 tu dapatlah juga duit lebihan tan walaupun tak banyak mana....Buat apa pening2 mikirkan nak uruskan ladang tu. Bukannya senang nak cari buruh sekarang ni..harapkan budak kite...buat nyakitkan hati adalah...

Dan yang berlaku kat Purun ni sekurang2nya kome ada modal nak bercerita dan mengata apabila dah berkumpul beramai2 tu.............termasuk le yg menulis cerita ni salah sorangnya daripadanya ...hehehee

Sekian..


Friday, January 15, 2010

3 sebab kenapa koi suka buat banner..

Salam..

Kalau rodong2 bertanya mengapa koi suke sangat buat banner yang kadang2 mengambil masa yg lama duduk depan komputer kemudian banner tersebut akan diserahkan kepada guru besar untuk dicetak di kedai kat Mentakab nun.

Jawab koi.....ada 3 sebab utama yang mendorong koi terus menghasilkan banner yang cikgu dan staff lain kat sekolah Purun ni malas nak buat sebab tak berapa reti.

3 sebab utama tu ialah :

1. Minat main dengan grafik menggunakan program Adobe Photoshope . Ianya merupakan satu program yang kreatif dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Lagipun dengan buat banner dengan kerap, lama kelamaan koi boleh memahirkan diri tanpa memerlukan manual dan pertolongan orang lain.

Lagi satu guru besar koi pulak memberi sokongan yang penuh dan setuju aje kalau koi buat banner untuk digantung di hadapan sekolah.

2. Koi rasa tak sedap sangat kalau tempat letak banner yang koi usahakan untuk sekolah yang dipasang kat pintu depan sekolah tu kosong tanpa ada banner yang tertentu.

Sebab itulah sebelum program atau aktiviti besar dijalankan kat sekolah, koi sarankan kepada guru besar nak buat satu banner spt yang ada kat atas tu. tujuannya supaya masyarakat luar kenal warga pendidik dan staff yang berkhidmat di SK Purun ni. Lagipun tahun 2010 ni ada muka2 baru yang ditukarkan dan baru berkhidmat kat sekolah ni.

3. Yang koi kira utama jugak ialah, selepas banner yang dah expired tu dan tidak digunakan lagi, koi boleh gantung kat kebun. Tujuannnya bukan nak berlagak tetapi hanya untuk menakutkan binatang liar aje terutama kera. Setakat ni dah berbelas2 banner yang koi buat tahun lepas dah digantung.

Hasilnya kera2 yang banyak di dalam hutan tu setakat ni tak berani nak masuk kebun. Mungkin gamoknya dia tengok ramai sangat gambar orang yang ada kat dalam banner tu menyebabkan cuak nak datang dekat.



Yang bahagian depan kebun sengaja koi tak letak sikit sebab takut jugak nanti mudah sgt orang pejabat tanah dapat cam sape yang bukak tanah haram kat situ.

Tapi bahagian tepi hutan kat bahagian belakang , yang pandangan dari depan tak nampak......habis semua banner dalam stok koi gantung....

Yang ada kat kebun tu, banner yang hok tahun lepas dah memang dah tidak digunakan lagi.. pada buang aje, lebih baik koi guna sedangkan buat apa koi buat penat2 tanpa ada tujuan tertentu yang boleh digunapakai.....

Untuk tahun ni, rasanya kalau koi rajin buat banner dan guru besar pulak sokong.....rasanya hingga hujung tahun nanti banyaklah pulak banner yang akan koi simpan..dan akan koi manfaatkan untuk tujuan tertentu..........

Dan kalau orang bertanya kat koi kenapa rajin sangat buat banner.....jawapannya adalah seperti kat atas tu......hehehhee

Wassalam..

Thursday, January 14, 2010

Hasil yg pertama..

Salam...

Koi tanam sawit tu dalam bulan 7 tahun 2007 sebanyak lebih kurang 540 pokok.

Setelah mengharungi macam2 dugaan dan cabaran serta kritikan yang koi anggap satu cabaran....akhirnya pada petang tadi, menjadi satu sejarah permulaan hasil penat lelah selama ini membuahkan hasilnya.

Asalnya koi nak broning pokok tu supaya jadi cantik dan boleh buang buah2 yang dah busuk, tapi fikir2 sambil2 broning pokok tu, baik dijual buah2 yang dah masak...dapat juga duit menampung kos upah buat kerja tu .

Maka, setelah satu hari setengah budak indon tu buat keja, dapatlah jugak hasil buah sawit yang tak le banyak tapi padanlah dgn usia sawit koi yang tak sampai lagi 3 tahun umurnya.

Setelah ditimbang tadi, semuanya berjumlah 290 kg...dan didarab dgn harga RM478 setan, dapatlah semuanya RM138.60.

Tolak duit lori...dapatlah bersihnya sebanyak RM 103.00. Alhamdulillah.....rezeki pertama walaupun kena tokok lagi RM 60.00 upah budak indon tu broning, sekurang2nya tak banyak kena tambahnya duit poket.

Tapi...sekurang2nya koi puas hati, biarpun malam tadi ada sorang rodong koi kondem kat koi mengatakan yang tindakan koi jual buah sawit tu satu tindakan yg tidak bijak dan katanya silap2 nanti koi kena keluarkan duit lagi buat upah lori dan upah cop buah tu .

Yg koi ni malas nak bertekak, diam ajelah....susah kalau orang yang anggap dirinya hebat tetapi kehebatannya menyebabkan kita sedikit menyampah .

Disebabkan permulaan yang koi anggap baik tu...Dengan ditambah lagi baja serta kaedah penjagaan yang sistematik, Insyaalah ..harap2 hasil sawit koi nanti semakin hari semakin bertambah...dan bertambah.

Hendak2 pulak apabila anak sawit sebanyak 413 pokok yg baru ditanam tu mengeluarkan hasilnya nanti...

Wassalam..

Wednesday, January 13, 2010

Tak sangka ada sarang lebah rupanya...

Salam...

Di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud :

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
yang boleh menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkannya.


Petang semalam, tengoh koi ralit ngambik daun palas nak buat peneduh anak pokok durian, tiba2 koi tersentak dan terkejut apabila ternampok sarang lebah yang betul2 berada dekat sangat dengan koi. Nasib baik la koi tak libas parang dalam semak ter. Kalau tak harus menciput koi lari dikejar dek lebah yang sarangnya sebesar tayar kereta.

Mulanya terdetik juga koi nak ambik gambor sarang lebah ter, tapi bila koi dekat aje, ada satu bunyi yang mengerunkan keluar dari sarang ter. Koi ingat lebah tu marah, jadi takut jugak la koi nak dekat. Karang dihambatnya ...tak cukup tanah koi lari. Dah le sorang2 kat situ.

Balik dari kebun tu, koi singgah rumah abang Li sekejap, maka koi kabor kat dia yang koi jumpe sarang lebah. Kata dek abang Li, memang pesen lebah ada bunyi ganjil gitu. Setakat nak rapat dengan sarang dia, takde hal langsung. Jangan dikacau sudah sarang tu.

Tujuan koi beritahu abang Li tu bukannya apa, biasalah orang lama, dah tu biasa pulak ngusung sarang lebah nak ambik madu, jadi koi ngajaklah dia petang tadi pegi tengok sama ada dah ada madu ke belum.

Petang tadi, setelah diperiksa dengan nyucuk sebatang kayu ke sarang lebah tu, memang betullah lebah tu betul2 buat sarang dan bukannya tempat persinggahan cuma madunya masih belum ada.

Kabor dek abang Li tu, mungkin dalam seminggu lebih lagi, tualah agaknya madu kat sarang tu dan bolehlah kome nak ngusung sarang tu nak ambik madu yang ade.

Dapat sebotol mineral 1.5 literpun dah memadai, sebabnya payah nak cari madu lebah yang betul2 ori. Kalau beli yang orang jual kat kaki lima atau yg datang berjual tu....tak boleh diharap sgt kepercayaan yang betul2 aslinya sebab kita tak nampak ke gone gayanya dia dapat madu tu. Silap2 dicampur dengan gula merah atau gula kabung. Kita mana tahu sebab tak nampak.

Biasa2nya dulu2 kalau madu di dalam botol sebesar botol kicap, kaki2 cari madu ni jual RM20 ke atas. Tapi sekarang ni, kaki2 cari madu ni dah semakin berkurangan dan banyak yang cari keja lain disebabkan nak cari sarang lebah cukup payah pada musim sekarang ni.


Pandangan dari luar, memang tak perasan ada sarang lebah yang betul2 berada di tengah kebun baru koi tu.
Tapi apabila dibelek kat dalam semak tu, tu dia.....besar weh sarangnya. Gerun jugaklah nak tengok dari jarak dekat.
Tapi, sebab konsep dia jangan dikacau sarangnya, dan setakat dekat takde masalah, koi letak handpon koi betul2 dekat dgn sarang tu supaya jelas gambo yang ditangkap.

Tengok le gone gayanya nanti....harap2 lebah2 tu tak lari ketempat lain sebelum koi dan abang Li dapat ngambik madunya. Dan selepas diambil madunya nanti, harap2lah pulak lebah tu kembali semula ke tempat tu untuk buat sarang lagi....

Dan lepas dapat madunya nanti........bertambah lagilah "power" nya koi esok .....hehehehe..

Wassalam...