Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, January 15, 2010

3 sebab kenapa koi suka buat banner..

Salam..

Kalau rodong2 bertanya mengapa koi suke sangat buat banner yang kadang2 mengambil masa yg lama duduk depan komputer kemudian banner tersebut akan diserahkan kepada guru besar untuk dicetak di kedai kat Mentakab nun.

Jawab koi.....ada 3 sebab utama yang mendorong koi terus menghasilkan banner yang cikgu dan staff lain kat sekolah Purun ni malas nak buat sebab tak berapa reti.

3 sebab utama tu ialah :

1. Minat main dengan grafik menggunakan program Adobe Photoshope . Ianya merupakan satu program yang kreatif dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Lagipun dengan buat banner dengan kerap, lama kelamaan koi boleh memahirkan diri tanpa memerlukan manual dan pertolongan orang lain.

Lagi satu guru besar koi pulak memberi sokongan yang penuh dan setuju aje kalau koi buat banner untuk digantung di hadapan sekolah.

2. Koi rasa tak sedap sangat kalau tempat letak banner yang koi usahakan untuk sekolah yang dipasang kat pintu depan sekolah tu kosong tanpa ada banner yang tertentu.

Sebab itulah sebelum program atau aktiviti besar dijalankan kat sekolah, koi sarankan kepada guru besar nak buat satu banner spt yang ada kat atas tu. tujuannya supaya masyarakat luar kenal warga pendidik dan staff yang berkhidmat di SK Purun ni. Lagipun tahun 2010 ni ada muka2 baru yang ditukarkan dan baru berkhidmat kat sekolah ni.

3. Yang koi kira utama jugak ialah, selepas banner yang dah expired tu dan tidak digunakan lagi, koi boleh gantung kat kebun. Tujuannnya bukan nak berlagak tetapi hanya untuk menakutkan binatang liar aje terutama kera. Setakat ni dah berbelas2 banner yang koi buat tahun lepas dah digantung.

Hasilnya kera2 yang banyak di dalam hutan tu setakat ni tak berani nak masuk kebun. Mungkin gamoknya dia tengok ramai sangat gambar orang yang ada kat dalam banner tu menyebabkan cuak nak datang dekat.



Yang bahagian depan kebun sengaja koi tak letak sikit sebab takut jugak nanti mudah sgt orang pejabat tanah dapat cam sape yang bukak tanah haram kat situ.

Tapi bahagian tepi hutan kat bahagian belakang , yang pandangan dari depan tak nampak......habis semua banner dalam stok koi gantung....

Yang ada kat kebun tu, banner yang hok tahun lepas dah memang dah tidak digunakan lagi.. pada buang aje, lebih baik koi guna sedangkan buat apa koi buat penat2 tanpa ada tujuan tertentu yang boleh digunapakai.....

Untuk tahun ni, rasanya kalau koi rajin buat banner dan guru besar pulak sokong.....rasanya hingga hujung tahun nanti banyaklah pulak banner yang akan koi simpan..dan akan koi manfaatkan untuk tujuan tertentu..........

Dan kalau orang bertanya kat koi kenapa rajin sangat buat banner.....jawapannya adalah seperti kat atas tu......hehehhee

Wassalam..

9 comments:

Aku Anak Pahang said...

Ramei benor laa org yang menjaga kebun aok te hehehe.....hingga ke binatang pun takut nok masuk hehehe....

Redz da Tsar said...

Owh... Kreatif...

Cube la buat banner yang fleksible, buleh guna setiap tahun... takde la kena buat sepanjang masa... Hehe...

Selain buat pameran kat depan sekolah, banner pun sangat sesuai untuk buat background pentas masa majlis.. Hehe.. takde da la polisterin dsb... Haha... Cube cadang ke pngetua, kalau ok, memang banyak la banner aok kena buat... Satu untuk depan sekoloh, satu untuk background pentas...

Habis majlis, dah ada lagi 2 banner kat kebun~ Hehe

sha said...

Aok nih memang kreatif..jgn kata kera..gajohpun tekejut berok..

saharul said...

salam rodong...

Hok yg sebenornya, kos cetak banner tu murahnya amat. kalau kat kerayong ( print art) ni rm3 sekaki tapi kat mentakab nun hanya singgit je sekaki. Biasa koi buat saiz 10 x 4 kaki yg nilainya dalam rm40 je sebuah sebidang banner tu..

se lagi ada juga hok yg fleksibelnya yg boleh digunakan tiap2 tahun iaitu banner kata2 semangat utk budak ambik peksa upsr...yg tu tiap2 tahun le pakai yang sama sebab tak isi tarikh dan masa ..

Unknown said...

Salam Cikgu Jang. Kera hanya takut sekejap sahaja. Apabila haiwan tersebut sudah tahu itu hanya gambar, maka mereka akan datang berbondong-bondong. Kera haiwan cerdik juga, walaupun apabila ditakutkan, dia akan menyorokkan kepalanya dalam lubang dengan anggapan orang tak nampak...

Pengembara silam, said...

He he..mesti makhluk dalam hutan kat kebun aok tu terpegun dgn hasil kerja aok yg bermutu tinggi.. Kat sini rege banner ni pepalih mahalnya.. demam nak menempoh..

Che' Pit said...

kalau dah minat, pastu ada sokongan, mmg le jadi.. nak2 org lain x pandai, bergantung pada kita..

jeles gak ni sbb CP x pandai, ngeh ngeh ngeh..

al-mankaraqi said...

Salam cikgu,

tokleh dapat geran ke tanoh di situ?....kawan dengor ander anok gajoh lalu. Kabor angin jer dak?

saharul said...

bab geran ni...memang niat koi nak mohon......biar dah makan hasil baru leh memohon..

yg gajoh tu....memang ande 2 beranok berkeliaran kat kwsn situ...cuma doa koi jgn la si dia jenggoh kebun koi tu...pegilah makan hok yg felda punya sebab luas...yg koi sikit amat..dan tak sedap sbb kurang baja...