Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, January 14, 2010

Hasil yg pertama..

Salam...

Koi tanam sawit tu dalam bulan 7 tahun 2007 sebanyak lebih kurang 540 pokok.

Setelah mengharungi macam2 dugaan dan cabaran serta kritikan yang koi anggap satu cabaran....akhirnya pada petang tadi, menjadi satu sejarah permulaan hasil penat lelah selama ini membuahkan hasilnya.

Asalnya koi nak broning pokok tu supaya jadi cantik dan boleh buang buah2 yang dah busuk, tapi fikir2 sambil2 broning pokok tu, baik dijual buah2 yang dah masak...dapat juga duit menampung kos upah buat kerja tu .

Maka, setelah satu hari setengah budak indon tu buat keja, dapatlah jugak hasil buah sawit yang tak le banyak tapi padanlah dgn usia sawit koi yang tak sampai lagi 3 tahun umurnya.

Setelah ditimbang tadi, semuanya berjumlah 290 kg...dan didarab dgn harga RM478 setan, dapatlah semuanya RM138.60.

Tolak duit lori...dapatlah bersihnya sebanyak RM 103.00. Alhamdulillah.....rezeki pertama walaupun kena tokok lagi RM 60.00 upah budak indon tu broning, sekurang2nya tak banyak kena tambahnya duit poket.

Tapi...sekurang2nya koi puas hati, biarpun malam tadi ada sorang rodong koi kondem kat koi mengatakan yang tindakan koi jual buah sawit tu satu tindakan yg tidak bijak dan katanya silap2 nanti koi kena keluarkan duit lagi buat upah lori dan upah cop buah tu .

Yg koi ni malas nak bertekak, diam ajelah....susah kalau orang yang anggap dirinya hebat tetapi kehebatannya menyebabkan kita sedikit menyampah .

Disebabkan permulaan yang koi anggap baik tu...Dengan ditambah lagi baja serta kaedah penjagaan yang sistematik, Insyaalah ..harap2 hasil sawit koi nanti semakin hari semakin bertambah...dan bertambah.

Hendak2 pulak apabila anak sawit sebanyak 413 pokok yg baru ditanam tu mengeluarkan hasilnya nanti...

Wassalam..

13 comments:

Aku Anak Pahang said...

Tak pe sikit2 lelama jadik bukit...berakit2 ke hulu berenang2 ketepian gitulah cikgu....

Che' Pit said...

"susah kalau orang yang anggap dirinya hebat"

biasanya org yang tak hebat tu yang beria nak tunjuk diri dia hebat.. bak motto kumpulan CP masa motivasi aritu "tarak tunjuk tarak apa"..

kalau betul kita hebat, tak yah tunjuk sbb org akan tahu..

saharul said...

salam

yassin - harap2 gitu le...

Che pit...org gitu jgn diajak bertekak, nanti elok2 berodong, kelahi pulak...biar lah kita ngalah..tak beerti tandanya kalah..

Unknown said...

Salam Cikgu. Jika harga sawit seperti dulu ketika harganya melambung, rezeki cikgu mungkin melambung lebih tinggi. Harap-harap kitaran harga akan melonjak semula ke atas.

sha said...

Untuk berjaya, mesti tempuhi kegagalan & cabaran...semoga tabah..

Redz da Tsar said...

Alhamdulillah... Rezeki... Moga lagi murah rezeki kelak~

mazru said...

waa..dah kuar hasil...tahniah

terokai seni said...

hoh, rega dah dekat rm500 tu sehat doh tu, insyaallah sikit lagi mesti jadik kaye koi do'okan. koi teringin jua nok balik jadik peneroka... apakan daya

Sifu KaiZen said...

TAHNIAH..TAHNIAH...TAHNIAH...PEDULIK KAN CKP2 ORG YG HANYA TAU MENGKONDEM USAHA2 MURNI ANG...BE COOL...HEH.

Anonymous said...

Cikgu, tahniah! :D

Relevan said...

Takper cikgu Hj..bersusah susah dahulu..janji aok belanje je kwn mgetea nanti..

saharul said...

beres....andaikata ditakdirkan koi berjumpe wokme...

al-mankaraqi said...

selamat mengutip hasil cikgu. jual ajer sokmo lantaklar orang nak cakap aper.............