Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, January 29, 2010

Pesakit ahli politik

Salam..

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan. "

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah. "

hehehehe...

ye ke ahli politik ni gitu ????
Kat Malaysia takde kot...

9 comments:

Aku Anak Pahang said...

Mekala mekenik kete payoh agok kawan mekala nok dibedoh byk mikir macam bender dalam kepala.

Che' Pit said...

erk, betul gak tu.. setuju dgn pakar bedah kelima.. hmm x leh komen lebih2, nanti kena!

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, hati2 sikit pakar bedah kelima tu, karang tak pasal2 pulak kena tangkak...

mazru said...

hahaha..ade jugek kot?shhhhh...

kerol said...

tapi ade kes seorang ahli politik eksiden bahagian lutut sikit aje tapi koma
puas dokter pakar mengkaji kenapa jadi begitu
kaji punya kaji dapat punca rupa otok dia duduk
pada tempurung lutut jadi bila lutut sakit
abis jem sume heee..heeee

abu muaz said...

I.S.A dah ada 10 orang ni!!!!

sha said...

calon pesakit kelima...bedah buang "hipokrasi" tuh!!

endiem said...

orang politik senang dibedah..

Relevan said...

Bedah kepala pelakon filem lucah macam mana yer otak dia..?