Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, March 26, 2010

Kisah si pemecah batu

Salam....

Maaf le rodong2 sebab dah 3 hari koi tak update blog ni. Nak dikatakan sibuk senalo, dok juge. Nak kate bnyk mase lapangpun dok juge...

Tapi prentan sekarang ni bile kepale tengoh serabut, mule le mikirkan alangkah bagusnya kalo keje lain......atau langsung tak keja...

Tapi bile koi dengo cerite sorang rodong koi pasal "Nilai Kesyukuran"........sepatutnya koi lebih bersyukur kerana ade keje tetap dan sesuai dengan minat, dan tak le berapa teruk berbanding dengan orang lain.

Cerite dek rodong tu pasei kisah sorang si pemecah batu...............

Al kisahnya, si pemecah batu ni bekerja di tengah panas. Maklum le....kalo badan dah letih, mule le fikiran meraban....

Disebabkan cahaya matahari terik hingga menyebabkan si pemecah batu ni kepanasan, beranganlah dienye nak jadi matahari supaya boleh memancarkan cahaya ke muka bumi dan berkuasa.

Dijadikan cerita, si pemecah batu ni jadilah matahari.

Tengah2 memancarkan cahaye....tetiba, lalu pulak awan....ditutupnya pancaran matahari tadi.

Berkatalah si matahari ni tadi..." la.....ingatkan jadi matahari ni koi jadi kuat, rupanya ade lagi benda yang lebih kuat.....lebih baik koi jadi awan pulak....."

Dijadikan cerita, jadilah pulak awan sebab boleh melindung pancaran cahaya matahari tu tadi...mungkin fikirnya kuasa awan lebih kuat dr matahari.

Tengah syok jadi awan...tibe2 lalu pulak angin......ditiupnya awan tu tadi hingga menyebabkan awan ni tadi beralih ke tempat lain dan tak daye nak nahannya.

Lalu, berfikirlah si awan ni tadi.....bahawa angin lebih berkuasa darinya walaupun dia mengatasi cahaya matahari...mintaklah pulak nak jadi angin..

Bertiup le angin ni tadi ke serata dunia dunia dengan bangganya. " Fuh memang hebat rupanya jadi angin ni rupanya...serata pelusuk dunia koi boleh bertiup...." dengan bangga si angin si berkata.

Tiba pulak di kawasan gunung-ganang, angin ni tadi tak dapat bertiup melepasi gunung sebab betapa megahnya berdiri si gunung dan betapa kukuhnya struktur ciptaannya hinggakan si angin tidak dapat mengatasinya.

Beranganlah pulak si angin ni nak jadi gunung, sebab kuasa gunung lebih hebat dari kuasa angin.

Lalu bertukarlah si angin ni tadi kepada gunung yang besar dan berdiri mengah.

Tengah syok membanggakan diri....tiba2 si gunung ni tadi terasa ade manusia sedang memecahkan batu di kakinya..

Tak daye gunung ni tadi nak melawan hinggakan kedudukannya semakin hari semakin rendah dan kemengahnya tadi semakin berkurangan...

" La....rupa2nya sehebat2 gunung yg boleh mengekang awan, hebat lagi si pemecah batu rupanya. sebesar2 gunung ni, boleh runtuh disebabkan si pemecah batu mengerjakannya.." Kata dek gunung dalam hati...

Dan akhirnya..............mintalah pulak gunung ni kembali semula menjadi si pemecah batu kerana lebih berkuasa dr semua yg penah dia jadi......

Begitulah ceritanya.......................

Sekian....



7 comments:

zulkbo said...

salam cikgu..
begitulah dunia ini
kadang kita mengeluh kerja kita ...
realiti ramai yang bersusah payah nak cari sesuap nasi dari kita..besyukur koi..alhamdulillah..
insaf baca entri aok nie..

Pengembara silam, said...

Aji..Sebenonye dah cantik mat Allah jadikan manusia ni dgn mcm2 pkerjaan..Takkan nk jadi org beso belake..

Aku Anak Pahang said...

Penuh amat ertinya cerita ini moga2 kita semua bersyukur juga dgn pemberiannya, pendek kata kalau kita susah ada org lain lagi susah bergitulah keadaannya...sesungguh manusia itu ttp tidak akan puas dgn apa yang telah mereka miliki.

Moga kita semua dapat mengambil iktibar drp cerita ini. Molek juga utk direnung2kan...

endiem said...

kena bersyukur pada apa yang ada dan terus berusaha..

Che' Pit said...

syukurlah dengan pekerjaan kita skrg.. sekurang2 nya kita bernasib baik kerana ada kerja dari mereka yng tidak bekerja

mazru said...

salam cikgu,
lame tak dgr cerite..
cerite yg menarik..selamat kembali..

piewahid said...

hehehehe...
itu lah kehebatan seorg guru. bila stress, ujung2 dia motivasikan diri sendiri..:D