Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, May 25, 2010

Berharap agar harga baja diturunkan.

Salam...

Minggu lepas koi beli baja sebatian 15:15:15 import luar negara kat Triang dengan harga RM105.

Lebih kurang 2 bulan lalu, harga baja yg same RM 110 seguni.

Ada le penurunan sikit berbanding tahun lalu yang hargenye sampai mencecah RM140 seguni.

Manakala baja campuran NPK cap 3 bintang pulak, 2 bulan lepas sekitar RM 64 seguni tapi minggu lepas koi ambik kat stor sini sebanyak RM72 seguni.

Baja import 3 x 15 tu ada penurunan walaupun tak banyak, tapi baja keluaran Malaysia pulak naik hargenye.

Tak pasti le pulak kot2 harga di sini mahal berbanding dengan harga di Triang sane tu, tapi kalo maheipun, mungkin sikit aje bezanye.

Boleh kalo nak beli baje 3x15 keluaran Malaysia tetapi, kene bubuh banyak le sikit. Biase2nye yang import bubuh dalam sekilo, yang Malaysia ni...kene bubuh lebih lagi sekilo.

Fikir2...baik beli yg import, lebih terjamin keberkesanannya dan tok le banyak guni kene beli.

Hok cap 3 bintang tu, baja campuran. Sesuai sgt la kalo pokok dah mula keluarkan buah kerana selain untuk daun, batang....kandungannye jugak lebih kepada baja buah.

Itu bab baje....yang racun pulak biase koi beli jenis acomix 20 liter. Dulu koi beli RM110 setong, kini harganya dah naik RM 120 pulak.

Kalo dulu2 lagi le teruknya, harganya melampau sehingge mencecah RM 400 setong. Jenuh membelinya.

Koi ingat dalam setahun dua lagi kalo harge baje semakin naik, harus koi gune baja tahi ayam macam Al Makaraqi buat tu agar lebih jimat dan mudah menaburnya. Letak aje seguni sepokok....bior kuar hasil yang lumayan...mudah2an....

Gone...Sop.....bole koi dapatkan stok awok nanti?.....

Sekian...

2 comments:

al-mankaraqi said...

Insya Allah.....cekgu......

Unknown said...

assalamualaikum.kami merupakan syarikat pengeluar baja Bio-kimia 85% sumber semulajadi dan 15 bahan aktif+ mikroorganisma.
baja kami merupakan pemaknan lengkap dan seimbang. bermula perawatan tanah,menyuburkan tanah, menyuburkan tanaman, meningkatkan kadar CEC dalam tanah. insyaallah jika pengurusan kebun teratur, taburan hujan sekata, baka yang baik, jadual pembajaan yang teratur insyaAllah hasil tanaman 1 ekar boleh mencapai maksima 2 tan. pelanggan kami ada 3 ekar swit,alhamdulillah hasil boleh sampai 5 tan. kita hanya berusaha tetapi Allah yang memberinya. jangan lpeaskan peluang untuk mencubanya. harga pasaran Rm 45.00 termasuk kos penghantaran bagi 25kg.pembelian melebihan 2 tan harga boloeh dirunding.emailkan wakbajasenggarang@yahoo.com/faridzharith@gmail.com