Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, April 24, 2011

Dalam sibuk memanjang, sempat juga lepas gian...

Salam...

Gambo ikan kat sebeloh tu, yang koi bawak balik lebih kurang sekilo lebih setelah dibahagikan dgn empat bahagian.

Spesis paling banyok, ikan temperas. terbul ade le 5-6 ekor, sebarau jaras2 dalam 10 ekor. Haruan sekor, potok 2 ekor.

Hehehe...

Disababkan masing2 sibuk senalo dgn aktiviti tah macam2 bende, payoh amat nak cari mase pegi bermalam tahan jaring kat sungei yang banyok ikan.

Jadinyer, pagi tadi lebih kurang 2 jam, kome berempat curi sikit mase tahan 4 utas jaring kat sungei palas belakang projek sawit yang koi usahakan tu.

Tektik kali nih, cukup mudoh. Tak perlu bermalam, tak perlu tunggu lama untuk dapatkan ikan.

Kome guna pendekatan pasang jaring kat lubuk, lepas tu turun kacau dalam lubuk tu bagi ikan lari ke jaring.

Rupa2 teknik tu menjadi. Tak perlu susah payoh pasang banyok jaring. memadai beloh hulu serentang, beloh hilir serentang. Pas tu pasang kat muka sengei yang agok ikan tak boleh lepas lalu.

Dan dengan mase lebih kurang 2 jam ..........hasil yang kome dapat hampir mencecah 5 kilo. Dan yang pentingnya, sekurang2nya gian menjaring ikan terubat hari ni di samping mendapat lauk ikan sungei yang segor bugor...


Musim nih, kalo juei kat sini, kejap je lakunyer.....sebabnya memang takde org cari ikan untuk dijual prentang air surut kekadang besor nih....

Sekian....

Saturday, April 23, 2011

Liga Parlimen Bera

Salam...

Berkesempatan petang tadi nengok bebudak Purun lawan kg Durian Tawar dalam kejohanan Liga Bola sepak Parlimen Bera kat Felda Bukit Kepayang.

Rata2 pemain hampir 90% merupakan bekas anak murid yang zaman deme sekolah rendah dulu, dan antara jurulatihnya adalah koi.

Yang sedikit membanggakan, walopun perlawanan tadi kalah, keknyer pemain yang dihantar oleh team purun nih kebanyakannya seusia bawah 20-an dan awal 20-an.

Cuma, yang memang x boleh diubah adalah attitud sesetengah penonton yang suka mengeji kalo kalah dan memuji kalo menang.

Tak tahu yg bebudok tu main dah abis ring ....sampei kren2 kaki sebab berlari.

Koi tahu le betapa susah payahnyer kejor bola sebiji semata2 nak menang, bukannyer satu perkara yg mudah.

Tapi, apabile ade jurulatih tak berkenaan dengan semangatnya mengatakan ini tak betoi, ini salah..........rasenye mboh suruh pakai kasut, ganti tempat kite main...bior terjelir lidah tu ngejor bola....

Kalo yg sibuk2 tu bekas pemain hebat, boleh le kita cebuk pengalaman dier...keknye, usahkan main bola, main dam ajipun kaloh memanjang....ce gone??

Sekian...


Sunday, April 17, 2011

Cubaan bunuh diri kerana tekanan !!!

Salam....

Maklumat yang koi dengar ni takde disiarkan dlm media. Hanya cerita daripada mulut seorang yang boleh dipercayai kerana mempunyai hubungan kerja yang rapat seketika dulu.

Kisahnyer seorang guru yang memegang jawatan peringkat tinggi mengalami tekanan perasaan sehingga mengambil jalan singkat dengan mengkelar leher menggunakan sebilah pisau.

Namun umurnya masih panjang kerana bernasib baik anaknya sempat menjenguk ke bilik di mana kejadian tersebut sedang berlaku.

Menurut pencerita, kejadian tersebut berlaku baru2 ni tetapi tidak dihebohkan kerana melindungi kepentingan sesetengah pihak sama ada keluarga mahupun kerajaan.

Setakat itulah cerita yang koi dengar tetapi untuk mengetahu lebih lanjut kejadian itu, masa tidak mengizinkan untuk berbicara lebih panjang.

Impaknya............

Kalau ditelitikan tugas guru sekarang, amat bebeza dengan guru-guru pada zaman koi bersekolah dahulu.

Guru sekarang ni mengalami cabaran dan dugaan yang amat besar dan berat. Dalam kepala tiada mikir benda lain kecuali hal-ehwal di sekolah, masalah murid, kerja terbekanglai, bebenan kerja terlampau, dan macam2 lagi yang kadang2 membuatkan tidurpun kurang lena.

Dulu2 isu bebanan guru diketengahkan oleh kesatuan, keknya apa yang kerajaan berikan kurang memberi kesan kepada perubahan.

Apa yang diharapkan oleh guru2 cukup mudah. Sediakan pembantu tadbir bagi setiap tugas yang selalu dilakukan guru seperti bidang Hal ehwal murid, Bahagian peperiksaan, Bahagian latihan sukan dan sebagainya.

Ataupun khususkan sesuatu jawatan. Contohnya guru bahagian akademik hanya menumpukan akademik sahaja. Guru sukan akan uruskan segala berkaitan dengan dan kokurikulum. Guru yang terbabit dengan tugasan HEM, hanya uruskan bahagian itu sahaja.

Kalau tak, apa yang berlaku saban tahun, tetap begitu juga. Tiada perubahan.

Rasionalnya, andainya akademik sekolah jatuh, hanya bahagian akademik sahaja yang perlu diberi tumpuan. Begitu juga kemerosotan dalam bidang lain. Hanya guru2 yang terlibat sahaja perlu diberi perhatian.

Berbanding dengan kebiasaan, seorang guru juga merupakan:

1. Memberi pelajaran di dalam kelas mengikut sukatan dari kementerian.

2. Memberi pelajaran di luar waktu kelas terutama kelas2 peperiksaan yang tidak mengira waktu termasuk selepas waktu sekolah, selepas asar, malam, dan waktu cuti umum.

3. Menguruskan sub HEM yang diagih2kan kepada guru sama ada bidang disiplin, buku teks, RMT, kebajikan, Harta modal, kantin, bangunan, kebersihan, lawatan, klinik, data dan maklumat, dan banyak lagi yang sesetengah kerja tu memerlukan guru mengabaikan pelajar di dalam kelas apabila pihak atasan mengkehendakan laporan kadar segera.

4. Jurulatih, penasihat, pemimpin kepada sub unit kokurikulum yang secara asanya dipecahkan kepada 3 komponen utama iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan juga unit uniform. Perjumpaan mesti diadakan setiap minggu mengikut giliran. Tidak termasuk kalau sekolah mengadakan olahraga tahunan, perkemahan bersepadu, karnival kokurikulum dan macam2 lagi aktiviti yang wajib setiap sekolah dijalankan setiap tahun.

5. Guru juga merupakan tukang sapu, tukang cat, tukang hias yang perlu dilakukan andainya ada arahan untuk memperindahkan sesuatu kawasan terutama kelas, bilik2 khas dan dewan untuk sesuatu program atau majlis.

6. Kadang2 guru juga kena jadi chef serta tukang masak untuk menjimatkan kos makanan sesuatu program kerana kekurangan budjet.

7. Sesetengah guru terlibat dengan daerah mahupun negeri memegang tanggungjawab sebagai jurulatih utama, pembimbing, fasilitator sesuatu program yang ada di antaranya boleh dikira dengan jari kekerapan berada di sekolah. Kesannya, guru lain terpaksa mengambil alih tugas guru tersebut sama ada untuk releif atau kerja2 segera kerana terpaksa akur dengan arahan.

8. Itu belum lagi kalau ada masalah dengan penjaga yang ada antaranya kurang cerdik dan hanya mencari salah guru.

Jadinya, kalau kes cubaan bunuh diri seperti yang koi dengar tu benar2 berlaku, tidak mustahil selepas ini akan ada kedengaran lagi perkara seumpama itu.

Cuma tindakan sedemikian merupakan tindakan yang amat bodoh dan mempunyai pemikiran yang singkat.

Tapi, rasanya kalau guru yang mengalami tekanan melampau sehingga menyebabkan sakit jiwa, mungkin ramai, cuma kita tak tahu siapa.

Bagi koi pula, tekanan dan bebanan kerja yang semakin bertambah ni ada juga kaitan dengan kredibiliti seseorang guru itu. Maksudnya di sekolah ada guru aktif dan ada guru yang lebih suka berada di sekolah tanpa melibatkan diri dengan daerah , negeri mahupun kebangsaan.

Macam koi, dulu2 kerap mengikuti program Pusat Kokurikulum Negeri jadi jurulatih, kerap keluar sehingga sampai lebih seminggu, terlibat dengan aktiviti pengakap daerah, dan kadang2 dipanggil menjadi pembantu untuk sesuatu program daerah mahupun negeri.

Keknya apabila semua aktiviti tersebut koi hadkan untuk aktiviti tertentu sahaja, rasanya diri agak lapang terutama kalau ada tugasan disekolah yang perlu dibereskan dengan segera.

Kalau tak, macam mana nak buat kerja di sekolah sedangkan diri kita ada komitmen lain di tempat lain. Nak suruh rodong sekolah, ada yang boleh diselesaikan dan ada yang kita seorang sahaja yang tahu mengendalikannya.

Tapi, apa2pun, sesibuk mana tugas guru, sebanyak mana bebanannya, ada pilihan sebenarnya. Sama ada nak teruskan atau letak jawatan.

Bagi koi, kalau koi ada kebun sawit 30 ekar, rasanya lebih akan koi tunggu 300 bulan berkhidmat kemudian boleh mohon pencen awal. Tak sakit kepala ......maklumlah, pokok sawit bukannya pandai komplenpun...................


Sekian.........




Friday, April 15, 2011

Apabila kayu balak dah keluar.....

Salam..

Sepanjang koi buat projek kat hutan sebelah ladang Felda tu, ini merupakan kali kedua kayu balak kat situ dikeluarkan.

Kali pertama dulu hanya kayu capcai je, tapi kali nih koi tengok kayu2 yang bernilai juga le yang ade.

Yang bezanya dulu dan sekarang ialah minat untuk buat kebun sawit di kalangan penduduk sini agak ketara setelah mengandaikan kawasan hutan tu menjadi terang benderang. Cuma memerlukan sedikit kerja yang perlu untuk menjadikan kebun.

Setakat ni, yang koi dengar, permohonan belia Felda sini untuk memajukan tanah paya yang terletak di belakang projek koi.

Yang kedua, permohonan beberapa individu di bahagian menghala ke barat daya yang bersepadan dengan Fekra kertau.

Dan yang ketiga uar-uar beberapa individu nak meneroka tanah di bahagaian paya projek koi yang baru tu.

Dulu, masa koi nak mula buat projek, macam2 cerita keluar yang bertujuan untuk melemahkan semangat. Tapi apabila tengok projek koi tu dah mengeluarkan hasil, ramai kaki kebun dah mula menunjukkan minat untuk sama-sama menceburi bidang tersebut.

Cuma, bagi koi, tak kisahlah tanah mana nak teroka, kawasan mana nak tanam sawit. Cuma satu je yang koi khabarkan kepada mereka tu, yang projek koi buat tu, jangan cuba-cuba nak rampas walaupun statusnya masih belum bergeran.

Dan secara jujurnya, apabila berniat nak buat projek sawit ni, paling penting adalah modal. Yang kedua pula ialah komitmen dan yang ketiga adalah kesabaran yang tinggi.

Satu lagi, buat projek berkumpulan memang akan menimbulkan masalah. Ini kerana hati manusia ni bukannya sama. Sifat pendengki, iri hati merupakan senjata kepada kemusnahan walaupun segi perancangannya nampak baik, hasilnya belum tentu tahu.

Sebab itulah koi buat sendirian. Biar le nak berjaya ke, semak ke, pokok mati ke..........yang penting tak melibatkan orang lain.

Dan secara peribadinya, sememangnya koi galakkan agar tanah di situ diteroka supaya menjadi terang dan sekaligus dapat menggelakkan ancaman musuh dan kita tidak keseorangan di situ.

Cuma koi dah tak larat nak buat kebun lagi. Dengan keluasan hampir 17 ekar kadang-kadang membuatkan koi naik tension memikirkannya.

Lagipun, kalau dah benar-benar berjaya, itu sudah cukup untuk menjadikan koi lebih daripada peneroka itu sendiri dengan keluasan tanah yang ada.

Biarlah kalau ada orang lain nak buat projek di belakang kawasan koi tu, koi kata " ambillah"........






Petang tadi, koi berkesempatan meninjau kawasan situ dan dilihat kerja-kerja pembalakan sudah bermula...........


Wassalam....

Wednesday, April 13, 2011

Itu le sebab berebut2 nak jadi pemimpin nih...

Salam....

Kalo betoi spt apa fakta yang kat bawah nih, patut2lah aki tu bagi can kat org pulak lain ngumpul herta.

Org lainpun nak jugak walopun ade antara kita yang makan nasi lauk kicap je...

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.

Rumah sederhana aki taib mahmud di Kanada

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

19. 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi binAbdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).

14. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).

15. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Rumah rakyat Sarawak yang mewah.

16. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

17. 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

18. 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

19. 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

20. 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

21. 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

22. 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

23. 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

24. 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

25. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).

26. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

28. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).


Kereta kancil taib mahmud

29. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

30. 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

31. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

32. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

33. 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

34. 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

35. 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).

36. 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).

37. 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

38. 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).

39. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

40. 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

41. 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

42. 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

43. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

44. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

45. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

46. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

47. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

48. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

49. 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

50. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).

51. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Jumlah keluasan tanah yang dikumpul oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan

sumber--- farizmusa.blogspot

kita nak dapat tanah sekangkang beruk pun puas lalu ngejasnyer....



Monday, April 11, 2011

Tak sabor nak tengok keputusan pilihanraya Sarawak..

Salam....

Perang pilihanraya mula dah, saban hari saban ketike ade je cerite2 menarik pasei kat situ.

Dan yang seronoknyer, macam2 strategi yang disusun untuk dijadikan senjata dalam kempen2 setiap calon yg bertanding.

Sebagai pemerhati politik bebas, koi nak nengok sangat macam mana keputusannyer nanti. Adakah taktik " Video Lucah" berjaya atau sebaliknyer.

Kalo berjaya meraih undi yang besor, jawabnyer tak lama lagi kita kat semenanjung ni meriohlah pulak dengan pilihanraya umum.

Dan kalo jumlah undi merosot atau banyok adun yang tewas, jawabnyer lambat lagilah pulak pilihanrayanyer.

Kot manepun sebelum Mac 2014 nak taknak, semua DUN kene bubar sebab dah cukup masenyer.

Dan antara berite yang nak sgt koi dengornyer apabila dah dekat nak pilih pemerintah baru ni ialah apabila uar-uar penyelarasan gaji utk kakitangan awam dilakukan setelah sekian lama kerajaan tak buat begitu.

Tak kira le sape yang nak memerintah, janji hasil kekayaan negara dikongsi bersama, pemerintahan adil saksama mengikuti landasan Al-Quran dan Hadis serta pemimpin yang benar2 sejati dan bukannya untuk kepentingan diri.

Tapi hakikatnyer memang payah kecuali rakyat pandai memilih...........

Wassalam

Friday, April 8, 2011

Cendawan tahun

Salam.....

Bagi orang yang menggemari kulat ni, gerenti kalo ade jumpe kat ladang atau juei kat kedei, gerenti kutip atau beli.

Sebabnya belum ade lagi mana2 saintis dapat menanam kulat dan menghasilkan untuk tujuan komersil berbanding dengan cendawan2 lain yang biase dijual.

Rasenyer yang kenyal, manis dan aroma yang sedap pasti menarik minat penggemarnya untuk menikmati kulat ni tanpa banyok soal.

Keknyer tumbuhan ni bukan spesis yang ditanam tetapi tumbuh pade mase yang tak disangke. Biasenye tumbuh setahun sekali, tapi rase koi baru lagi jumpenyer dalam sebulan dua nih, dah ade pulak tumbuh.

Kulat ni tumbuh di kawasan tanah merah, sedikit berbusut dan di kawasan bawah teduhan pokok2 terutama kelapa sawit. Biasenyer kalo ade guruh yang kuat , keesokan harinya ade le jumpe ia tumbuh.

Kalo ade je kulat nih tumbuh, maka ade le rodong yang akan menelefon koi beritahu sama ada ambik yang dier dah kutip atau beritahu kawasan mana yang ada tumbuh sebabnyer dah tahu dah, yang kite ni merupakan penggemar kulat tahun nih.

Kelmarin dulu, dah ade dua orang rodong peneroka beri kat kome kulat tu buat merase sebab deme jumpa banyok tumbuh kat kawasan biase .

Tapi petang tadi kebetulan koi meronda ladang orang tua, terjumpe le pulak 3 kawasan tempat kulat tu tumbuh dan ada yang sedang baru nak kembang di mana sedang sedap dimakan.

Secara kebetulan atau memang rezeki koi petang tadi terjumpa kulat ni yang sedang sedak dimasak sebab belum kembang sepenuhnya.

Jika kulat tu dah kembang, banyok le ulat yang makan kulat tu dan sekaligus menyukarkan untuk menyiangnyer.

Kutip punye kutip, dapat le sikit . Sebab memang tak bawak plastik, letak le kat raga motor.

Yang ni dimasak pada malam di mana rodong peneroka yang bagi kat koi seplastik besar dulu. Dapat le 2 kali buat sayur hinggakan sakit2 jugak urat sebab banyok sangat melantoknyer.

Bile berborak pasei kulat nih, macam2 resepi yang diaorang buat. Ada yang masak air, buat sup, goreng kunyit, goreng tepung dan macam2 lagi lah.

Tapi bagi koi, paling sedap apabila dimasak kuah dan taruh sikit lada hitam dan daun kunyit.

Sesiapa yang dah biase makan tu, tahulah betapa nikmatnyer dan bagi yang belum penah makan, pastinya nak lagi apabila dah makan sekali.

Kalo tak caye, cube le makan.....

Sekian.....

Wednesday, April 6, 2011

Apa kerja baling batu ke rumah orang!!!

Salam....

Dalam pukul 9 malam, ade koi dengo bunyi "pranggg" cermin pecoh kat luor. Keknyer tak le bunyi kat dapur umah koi ter.

Dalam setengah jam lepas tu, koi dengor riuh je kat bawoh ade rodong bercakak pasei kaca pecah bertaburan atas jalan.

Koi pun agak dah bunyi yang koi dengo tadi tu ada kaitan dgn kaca tingkap tu.

Pas tu seperti senalo koi dalam 9.30 malam , koi turun ke bawah buang sampah , ade rodong ajok pegi tangkak bebudok yang buat keje bodoh yang kebetulan masih ade atas bukit kat jalan raya hadapan kompleks guru kome tu.

Kepung sane, kepung sini.........takde dah..........toh ke mana halanye lari bebudok tu.

Sakit sgt hati bile kene gitu.

Nasib baik le tak kene cermin kete kome yang ade kat situ. Kalo kene kete Vios koi tu, tak le pening kepala sgt, sebab ade insuran cermin, keknyer kalo kene ke Cherokee kesayangan, puas nak cari cermin. Bukannyer ade juei kat bandar sini.

Tengok kepada batunyer, bukan kecik2. Pas tu bukan se dua, sampei empat lima ketui dibalingnyer.

Hadapan kompleks guru nilah tempat bebudok nakal tu selalu melepak sambil minum arak dan hidu gam. Sambil2 saje nak dengki ke orang baling batu. Mentang2 le kome tak ambik kisah pasei kegiatan mereka tu.

Dulu cermin kaca umah koi dah pecah sekeping angkara dibaling budak mabuk tu. Keknyer koi tak cam sape yang buat keje gitu sebab ramei sgt melepak kwsn tu.


Kaca yang bertaburan atas jalan bawah kompleks. Risau jugak mikirkan sebab anak2 cikgu sini selalu main di situ. Takut ade yg terpijak atau terjatuh basikal lalu terkena pulak kaca tu. Tak ke haru jadinyer.

Nasib baik le tak ketemu budak yang buat keje gitu. Kalo dapat tangkak, selesai...........harus masak kome kerjakan.

Dan lepas ni, kome akan pantau sape2 yang senalo lepak situ akan kome intai dan tengok keadaan. Andainyer lepak untuk tujuan mabuk dan hidu gam.......kome nak tangkak, hantor kat mak bapak dier supaya lebihkan sikit ajarannyer dan ambil tahu pasei kegiatan anak dier yang sesetengohnyer anggap baikkk...


Monday, April 4, 2011

Bila badan x sihat, berblog pun malas

Salam.....

Takde yg mengatakan kalo badan demam hati jadi senang.

Dan takde yang mengatakan kalo sakit pinggang melanda, hati sering tertawa.

Yang pastinyer, bile selesma melanda, air hidung yang keluor begitu merimaskan. Sapu tangan mesti ade dalam kocek seluor bagi mengelakkan baju dijadikan tempat mengelap air idung yang meleleh.

Bile makan ubat selesma yg ada amaran " mengantuk"....hari malam berani le makan. Keknyer kalo hari siang makan jugak, jawabnyer hilang tanpa dikesan le ....ade le port tempat melepak bagi menghilangkan rasa kanyor.

Se lagi, sakit pinggang yang kadang2 ade kadang2 ilang jugak merisaukan. Bile kena serang dek penyakit tu, badan rase semacam je. Hatipun mula le rase x sedap.

Nasib baik le tahap kesabaran masih tinggi, kalo tak, mboh ade murid merasa pukulan tanpa bayang peringkat ke 18.

Tapi betul le kate dek pakar2 motivasi yg sesetengohnyer pandai cakak tapi dier pun tak buat yang pengaruh kesihatan memainkan peranan yang besar terhadap kegiatan seharian.

Usahkan nak bagun pagipun malas, nak update blogpun x de modal. Kalo ade modalpun, nak nulih pulak malas. Ce gone.

Harap2 rodong2 kat luor tu dapat le mendoakan agar cepat sembuh dr penyakit sakit pinggang dan demam selesma ni. Semoga doa kalian mendapat berkat dan Allah SWT memakbulkannye supaye boleh koi jalani kehidupan seperti sediakala.

Insyaalah..........