Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, July 16, 2011

Dapat juga tapah akhirnyer...

Salam....

Disebabkan minggu lepas, kome tak dapat ikan tapah, minggu ni sekali lagi ke serting memburu spesis ikan tersebut.

Setelah mengharungi perjalanan tah berape km, dan bermalam seperti biasenyer sebelum tu, .....dan akhirnyer.............dapat jugak 3 ekor tapah ( dalam gambar) yang 2 ekor daripadanyer lebih kurang sekilo sekor beratnyer.

Memang nak jadi rezeki kome dapat tapah nih memandangkan spesis ni bukan senang nak dapat sekarang ni.

Selain tu, spesis lain yang banyak kome dapat spt baung, lampam ekor merah, lampam jawa, patin, temperas, laih, terbul dan pelbagai lagi ikan "putih" atau bersisik.

Sampai tak daye le ngangkat jaring yang penuh dengan ikan disebabkan kawasan tu memang jarang orang pegi sebab jauh.

Salah satu drpd 3 tong putih yang dipenuhi ikan.

Setelah dihimpun untuk diagih2kan.

Ni bahagian koi....habuan memandu cherokee merentas ladang sawit yang penuh debu dan berliku.

Bahagian ahli kelab kedua

Yang ketiga

Keempat

Kelima

Dan ini antara ikan gred A koi nak makan bersama mak koi kat kampung. Yang lain2 setelah diagihkan dalam 3 kg kepada mak mertua, koi jual kat jiran2 mak koi kat Mayam tu yang kepingan nak makan ikan sungei.

Dapat balik modal minyak jeep dan duit basuh jeep koi tu jadilah..........

Dan rasanyer aktiviti mencari ikan ni, kome stop dulu le sementara menunggu bulan Ramadhan nanti.

Dan bila air sungei mula melimpah selepas raya nanti, kome dah dapat banyok port2 baru yang sesuai memburu ikan sungei yang keluar mengikut arus.

Sekian...


Sunday, July 10, 2011

Lampam Jawa Lubuk Batu

Salam....

Ke Sungei Seting lagi mencari lampam lawa yang banyok kat situ.

Kali ni kome pegi satu lubuk yang dikenal namanyer Lubuk Batu.

Tak tahu le ngape dipanggil nama gitu, mungkin banyok batu kot dalam lubuk tu.

Hasratnyer nak naikkan tapah barang 4-5 kilo, keknyer, lampam jawa je yang naik. Itupun dah memadai dengan jaring yang ade.

Tambahan pulok air sungei yang besor dan deras arusnyer menyebabkan kesukaran memasang jaring kerana sering kali menggelebang dibawa arus.


Macam biase, tidur semalam menunggu jaring mengena. Makan nasi berlaukkan gulai masak tempoyak berserta ikan pekasam.........toksoh cakak le, lepas main air, makan nasi....kaloh makan kat hotel 5 bintang...


Ini dipanggil " Jermai" iaitu kaedah menangkap ikan dengan menggunakan kaedah pukat yang besar dan panjang. Lebih besar daripada " Tapok ".

Siap ade rumah tempat menaikkan pukat tersebut dan rumah tu boleh dihuni lebih daripada 10 orang.

Biasenyer, musim air besar, jermai tersebut dipasang kerana mase itu le ikan akan mengikut arus untuk bertelor.

Dalam semalaman, jermai tersebut diangkat 3-4 kali bergantung kepada kerajinan tuannyer yang memulas batang balak untuk menaikkan jaring yang rase koi hampir mencecah lebih 200 kg beratnyer.

Untuk menahan dan beroperasi, kena ambil lesen daripada Jabatan Perikanan dulu, Lesen kena tampat kat pondok jemai tu. Kalo tak silap koi, dalam Rm30 setahun lesen tersebut.

Menurut maklumat yang koi ketahui, Sungai Serting dan Sungai Bera, terdapat lebih daripada 50 buah jermai dipasang.

Padan le payoh nak dapat ikan besor, sebabnye, barang ape je melintas kat jemai tu, semuanyer habis sangkut.

Yang dalam gambo tu, jermai kepunyaan penduduk setempat tetapi dah lama tak digunakan lagi. Tengok kepada bentuk fizikalnyer, mungkin hampir setahun sudah ditinggalkan.

Kalo nak digunakan kembali, banyok benda kena baiki terutama bahagian " Punjut" iaitu tempat terakhir ikan tersangkut kena dibersihkan daripada sampah sarap yang turut sama masuk ke dalam pukat tersebut.
Ini antara lampam jawa yang berjaya kome tangkak. Sekor2 beratnyer hampir mencecah sekilo. ( yang besor le)

Dengan berbekalkan satu tong putih yang dipenuhi ikan, kome balik dengan senang hati walopun hajat nak merasa tapah tak kesampaian.

Lain kali, dan lain ketika kome akan cuba lagi...........

Mana le tahu rezeki tapah pulok yang akan muncul....................

Sekian....

Monday, July 4, 2011

Hari keluarga SK Purun

Salam..

Tahun nih, kome keluarge SK Purun mengadakan hari keluarge di Tiara Beach Resort, Port Dikson.

Ingatkan ada nama beach tu, betoi2 le tepi pantai....rupe2nyer dlm ladang sawit jugak tempatnyer...

Kot manepun, buat anak2 mandi kolam.....jenuh le, sebab tempatnyer khusus utk bebudak mandi je.

Utk pakar2 renang, paras air paling dalampun 2.4 meter je.....

Kot manepun, kira ok le pada langsung tak buat hari keluarge walopun ramai yg takleh pegi sebab kena pegi belajor dan nganto bini belajor....




















Sebagai kenang2an...................ade le gambo kome kat situ...

Sekian.....