Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, March 20, 2012

Sistem Analisa peperiksaan- kekuatan dan kelemahan


Salam....

Kalo zaman mula2 koi ngajo sekitar ujung 90-an, nak kira markah peperiksaan bapok le siksanyer. Kena buat manual.


Guna pakai calcilator, pembaris, dan pensel untuk menentukan markah tertinggi, peratus dan kedudukan dalam kelas.

Dua tahun pastu pulok, wujud sistem peperiksaan menggunakan program excel. Mudoh sikit, keknye kalo tersilap key-in, habis punoh semuanyer. Kena buat semula.

Kemudian, kementerian mewujudkan satu sistem off-line yang lebih memudahkan. Headcount pelajar boleh dijana secara automatik iaitu SAPR.

Yg ni, kena SU peperiksaan key-in markah sebab sistem tu mesti dalam satu komputer. Kalo nak key-in dlm komputer lain, SU kena pandai gabung pulok.

Dan bermula tahun lepas, satu sistem secara online diperkenalkan iaitu SAPS. Sistem yang dijana berasaskan web dan setiap guru perlu ada login sendiri untuk key-in markah subjek yg diajar.

SU peperiksaan sebagai main kpd sistem, bertindak memantau, menyemak, mengesahkan serta sebagai induk kepada sistem nih.

Banyak kelebihan yg terdapat dengan wujudnyer sistem online nih.
1. Tidak membebankan SU peperiksaan utk key-in markah setiap kelas.
2. Boleh key-in di mana2 dan bila2 masa sahaja, janji ada komputer dan lain internet.
3. Sistem yg stabil untuk headcount murid.
4. Org lain boleh lihat analisa jika ada password admin.
5. Ada menu semakan ibubapa untuk melihat pencapaian anak tanpa merujuk kepada guru.

Keknyer beberapa kelamahan yg didapati:
1. Kalo serentak key-in markah oleh guru2 seluruh Malaysia, jawabnya nunggu le semalaman kerana server kementerian masih belum boleh menampung trafik yang tinggi.
2. Untuk menjana analisa, SU peperiksaan perlu mengesahkan dulu semua markah. Masalahnya pulok, semua subjek teras perlu diisi dulu baru boleh disahkan markah tersebut. Masalahnya kena semua guru key-in markah dan pastikan dah signal hijau baru analisa keseluruhan boleh dilihat.
3. Masalah talian internet, kalo takde atau slow, puas le cikgu tu nak siapkan key-in markah.
4. Boleh digodam kalo org luar tahu password admin.


Jadinya, bagi koi, kewujudan sistem ni lebih memudahkan berbanding sistem lama sebab kalo koi kena key-in markah di mana2 mesyuarat, tak perlu hello ke sekolah. Janji di tempat mesyuarat tu ada line internet.

Sekian....

1 comment:

Anonymous said...

oooo gitu yak...