Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, August 31, 2013

Tanah Lot Banglow di Daerah Bera untuk dijual

Salam....

Sesiapa yang ingin mencari tanah penempatan lot banglow, di sini ada satu lot yang hendak dijual. Kawasan memang strategik, cantik dan amat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal khas untuk permaustatin tetap..

Lokasi terletak di sebelah Taman Kerayong Indah, Kampung Padang Luas Kerayong yang jaraknya dari jalan utama lebih kurang 100 meter. Merupakan satu kawasan yang amat sesuai dijadikan penempatan kerana tidak terlalu hampir dengan jalan utama dan jauh daripada kesibukan pembangunan. 

Kebanyakannya penduduk di kawasan tersebut adalah golongan pendidik dan sudah banyak lot banglow dibina di situ selain daripada penghuni rumah murah di Taman Kerayong Indah yang 100% penduduknya melayu. (Kawasan Rezab Melayu)

Selain itu, sebelum pihak majlis daerah sudah menjadikan kawasan tersebut ( sebelum ke Taman Kerayong Indah) pusat sukan kerana terdapatnya dewan untuk badminton, padang futsal, padang pentaqe, gelanggang tenis yang jaraknya dari lot yang ditawarkan lebih kurang 300 meter.

Di kawasan tersebut ( jalan utama) Klinik Kesihatan Padang Luas, Pejabat Pendidikan Daerah Bera,  SMK Seri Bera, Pejabat AADK, Pejabat Pertanian, Dewan Serbaguna Majlis Daerah Bera, dan banyak lagi pejabat agensi-agensi kerajaan telah dibina selain kedai yang menjual barangan keperluan harian.

Kelebihan lain, pada masa akan datang, kawasan tersebut merupakan kawasan elit yang jauh daripada kesibukan pembangunan yang semakin pesat di jalan utama Bera-Temerloh.

Selain itu, harga untuk tanah tersebut, semakin hari semakin meningkat tinggi.

Admin menyarankan sesiapa yang benar2 berminat, bolehlah meninjau sendiri lokasi yang ditawarkan dan nilaikanlah sendiri supaya lebih berpuas hati.

Keluasan : 804 meter persegi. (8654 kaki persegi)
Harga ditawarkan : RM 85K

Tukar milik tiada masalah kerana hanya satu nama di geran tanah dan geran hak milik selama-lamanya.

Sesiapa yang berminat :

SILA HUBUNGI M.JOHARI BIN ABDULLAH 

Telefon  : 0139845456
Emel : mjuhariabdullah@yahoo.com

Untuk paparan, disertakan salinan geran sebagai paparan.



sekian...