Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, November 5, 2013

Jeram Terapai 4 memang mencabar...

Assalam...

Sebelum ni dengo cerite ande rodong yg kerap mengunjungi jeram tu ngail ikan tengas sampai beli RM60 cengkerikpun tak cukup. Kalo nahan jaring dan bubu, ikan kelohpun moh ande situ.

Jadinye, kome pakat2 mencuba nasib jugak le memburu tengas dan keloh kat situ dengan mengambil keputusan bermalam semalaman.

Dengan kekuatan anggota seramei 6 orang dengan 6 buah motorsikal kapcai, berangkatlah kome ke situ dengan penuh harapan dan impian yang menggunung tinggi merasa tengas fresh.



Sebelum ini Cikgu Zul penah pegi satu hari situ ngikut rodong yang kerap ke sana, Jadi hasil daripada semangat dan cerite yang didengor, tu yang kome beriye2 sangat nak peginye.

Barang keperluan, tak leh nak bawak banyak sebab transport terhad. Mana2 yang perlu sahaja dibawa.

Yang penting dapur kena bawak. Kalo tak, susah nak tanak nasi, goreng ikan ataupun rebus air.

Dalam perjalanan, motor Rizal pulak buat hal...plug semput. Nasib baik le ande rodong bawak plug spay.

Jalan balak, masa pergi oklah sebab tak licin dan perjalanan cukup lancar, walopun bukit bapok le tingginyer. Keknye masa balik......his his his

Berehat di pertengahan jalan bior motor sejuk sikit sebab panas sangat sebab asyik guna gear satu dan dua je...gear lain, tak root motor naik bukit.

Rasa macam expidisi Camel tropilah pulak bile ande laluan meniti titian.

Sampai di lokasi, hilang segala penat naik motor menegokkan panaroma jeram yang cantik dan permai sekali.

Kalau aktiviti perkhemahan, memang cukup cantik sebab kawasan nak mandipun airnya paras2 pinggang je. Juga amat sesuai kalo aktiviti berkhelah bersama keluarga.

Rupa2nya kawasan yang orang ramai tak tahu mengandungi rahsia alam yang tersebumyi spst ikan tengas dan keloh yang boleh membiak di situ.

Malam tadi tanak nasi 2 kilo, kemudian goreng ikan tengas yang berjaya dikail sebelah petangnya...

Rupa2nya takde tengas yang besar2 kat situ, kebanyakannya baya2 1-3 jari je. Kalo sebelah atas lagi, mungkin ande kot sebab di sana jeramnya lagi besar.

Sebelah pagi, tengok bubu yang ditahan, kurang jugak hasilnya...mungkin umpan yang diisi belum cukup kuat menarik ikan masuk situ.

Dapat le anak keloh sekor...x berape besor tapi sebagai bukti yang kelah ande habitatnya di situ.

Ikan tengas je yang banyoknye, selain susur batang ..

Kome menyusur laluan berbatu menghala ke hulu sungei mencari port cantik untuk mengail...bapok le mencabornye lalu atas batu yang licin.

Apabila masing2 dah hamun memancing dan dah cukup puas hati berhujan di situ, tibalah giliran utk pulang dengan laluan yang paling mencabo penah koi rase naik motor. Laluan ini le yang menyebabkan tenaga kome separuh hilang apabila diperlukan utk menolak motor naik bukit dengan jalan yang licin.

Dah naik, turun pulak....jalan pulak licin, silap2 tekan brekpun, motor masih menggelonsor turun.

Nasib baik le motor ex5 koi ni masih kuat lagi enjinnye walaupun dah berusia 17 tahun.

Tapi laluan memang mencabor sungguh. Rase nok nangis melepaskan diri dari jalan yang teruk sebegitu.

Ini kalo 4x4 pun, kena pakai tayar lipan dengan spring ubahsuai ...kalo takat 4x4 standart, rasenye sangkut jugak..silap2 kena guna winch untuk tarik naik bukit.

Sampai ke penamat cabaran, rodong sorang ni bapok le happynyer...

Di belakang Rizal , Abg Li, peserta terakhir sampei ....

Wajah2 ceria apabila berjaya menamatkan cabaran getir...sampai kat situ, bereh doh....dah masuk jalan ladang.
Kesimpulannya....

Kalo ande rodong ngajok lagi pegi sana untuk ngail lagi....mboh fikir 2 kali nak pegi. Kalo tekad nak pegi jugak kena prepare betul2 stranspot dan bersedia mengharung jalan licin jika hujan.

Pengalaman tadi memang antara cabaran terhebat semenjak kome bergiat dalam hobi mencari ikan. Sebelum2 ni, tak le teruk sangat sebab kebiasannya kome naik 4x4....

Sekian...

4 comments:

adi junaidi said...

menarik nih, posting terbaik

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

best best... suka xtvt gini.. tp tak pernoh diajak laki pg tmpat2 gini.. deme lepas ngan geng3 deme jelah.. hehe...

akuanakpahang said...

Salam Cigu Jang...koi tak dpt nok membayangkan bertapa azabnya aokme melalui jalan itu dan bertape penat aokme mengharungi jerit perit nak ke situ dgn hasil yang tidak sepadan... keknya koi puji aokme mmg bersemangat waja syabas rodong!

Saharul Nizam said...

tq rodong...kalo musim ujan, serik doh nak gi situ...