Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, October 12, 2014

Kursus dan santai


Assalam....


Lama dah tak update blog...kesibukan masa ditambah dengan kemalasan berganda serta ditokok pulak takde cerite menarik untuk dipaparkan.

Kebetulan minggu lepas koi ade mengikuti program Pusat Kokurikulum daerah Bera berkursus di kawasan yg langsung tiada liputan talian. 

Tambahan pula selama 4 hari 3 malam di situ terasa bapok lamanye sebab aktiviti yg dijalankan lebih kepada santai serta menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan.

Hampir 3 tahun bersara dari arena jurulatih, apabila berada dalam alam perkhemahan begitu mengamit kenangan lama semasa aktif berkecimpung dalam dunia pendidikan luar. Banyak tempat yg sudah dijejaki, kawasan hutan, air terjun, laut, bukit dan sewaktu dengannya.

Tempat yang ditujui baru2 ini memang satu tempat yg menarik untuk dikunjungi..perjalanan dari Pekan Sg Lembing lebih kurang satu jam perjalanan menaiki 4x4 memang mencemuskan...bagi yg belum biasa dgn keadaan jalan berliku berbatu memang teruja..tapi bagi kita yg selalu menjelajah destinasi lubuk ikan sudah sinonim dgn keadaan begitu.

Malas nak cerita panjang....tengok jelah gambar yg ada dalam handset koi untuk diterjemahkan kedalam bentuk alam maya...

Pertengahan jalan melalui resort yg dikhaskan utk aktiviti outdoor

berhenti seketika berehat...

memang cantik resort ni...kalau diadakan aktiviti  utk pelajar memang sesuai

Lokasi perkhemahan yg terletak betul2 tebing  sungai.

Ada kawasan yang dalam serta lubuk

antara kenderaan yg pergi termasuk JPAM

lokasi penginapan 



Pagi rabu.....memulakan aktiviti menjala dan menahan jaring...walaupun air sungai sejuk tapi disebabkan seronok langsung tak kisah...

ikan yg didapati daripada hasil menjaring dan  menjala digoreng garing2 ...

Ingat nak merasa ikan kelah....tapi yg banyaknya spesis tengas....adik beradik kelah

tempat mandi memang best ....

ikan yg ditangkap....apa2 hal siang dulu utnuk dijadikan lauk makan tengah hari

dah siap mandi...

aktiviti hari khamis traking ke air terjun pelangi...di samping itu aktiviti dijalankan menuruni bukit dengan menggunakan tali


kena rentas sungai
bergambar kenag-kenangan di situ..

memang tinggi air terjun ni...

berehat sebelum memulakan aktiviti

sedang menjalankan aktviti

bagi yg dah biasa, hanya cabaran kecil walaupun batu licin




balik dari air terjun, tengok dah ada ikan siap dibakar

dan sedia untuk digoreng...kesemuanya ikan tengas...

makan selagi ada

penghujung rancangan....masa untuk pulang

sesi bergambar beramai-ramai

keadaan jalan semasa pulang lebih teruk dari sebelum pergi disebabkan hujan pada hari pertama perkhemahan

yg mahir 4x4 tiada masalah melaluinya...

dapatlah sijil penyertaan....bolehlah dimasukkan ke dalam bilangan hari kursus untuk mencukupkan 7 hari setahun.

Semasa berada di sana, banyaklah ilmu serta pengetahuan yg diperolehi...dan yang paling penting kome dah dapat satu lokasi baru untuk memburu ikan ...

Lokasi ini selepas ini akan disenaraikan dalam list lokasi menarik memburu hasil sungai utk dilaksanakan oleh ahli kelab di Felda Purun ini.